Polis sukarelawan wanita tampar warga asing dikecam

BARU-BARU ini, tular satu video berdurasi 1 minit 37 saat yang memaparkan seorang wanita yang didakwa sebagai anggota polis sukarelawan wanita (PVR) yang tidak memakai uniform berulang kali menampar dua orang lelaki warga asing di sebuah restoran di Mantin.


Wanita itu dikatakan menyalahguna kuasa sebagai anggota sukarelawan polis untuk memeras ugut lelaki warga India terbabit dan perbuatannya dirakam oleh rakan mangsa sebelum tular serta dikongsi 8,000 kali.


Justeru itu, pihak polis menggesa orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil untuk membantu siasatan.


Menurut Timbalan OCPD DSP Azrul Hisham Mohd Shafie dalam laporan The Star dipetik sebagai berkata, pihak polis telah menyoal siasat dan mendapatkan kenyataan daripada wanita berusia 37 tahun itu.


anggota PVR tampar warga asing

"Kami memerlukan saksi yang berada di restoran tempat kejadian berlaku.


"Ini amat penting bagi kami untuk menyelesaikan siasatan," katanya.


Dalam video yang tular itu, wanita yang tidak memakai seragam PVR, didengari memberitahu kumpulan lelaki terbabit bahawa dia telah memberi amaran kepada mereka untuk tidak membuat masalah.


Dalam video tersebut, salah seorang lelaki dilihat dalam keadaan tangan bergari.


Gara-gara video yang tular, netizen meminta pihak polis untuk menyiasat insiden tersebut dan mengenakan tindakan terhadap wanita itu kerana tindakan tidak wajar itu.


Ditanya sama ada ia adalah satu kesalahan bagi kakitangan PVR untuk menggunakan gari ketika berpakaian seperti orang awam, DSP Azrul meminta untuk pihak polis menyelesaikan siasatan sebelum dia boleh memberi komen lanjut.


"Mereka yang mempunyai maklumat boleh melawat balai polis terdekat atau menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Nilai ASP Rashid Kassim di 012-5183594." tambahnya lagi.


Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh pula dipetik dalam laporan The Star mengesahkan bahawa wanita itu adalah pegawai PVR yang berpangkalan di sini.


Difahamkan bahawa wanita itu juga telah membuat laporan mengenai video itu.


Menurut anggota wanita itu dalam laporannya, dia mendakwa bahawa dia menampar salah seorang lelaki kerana berkelakuan biadap.


Thiew berkata, pegawainya juga akan menyiasat perkara tersebut walaupun kejadian yang dikatakan berlaku di Nilai.— EdisiRakyat.com, 8 Mac 2018

Post a Comment

4 Comments

  1. patut dihapuskan polis kalau kurang ajar seperti nie. kalau aku jumpa mesti aku tembak mati polis pukimak nie!

    ReplyDelete
  2. kita x tahu menahu ttg bende ini hujung pangkalnya, kita tunggu siasatan leer...

    ReplyDelete
  3. polis malaysia semuanya makan tahi babi! sial celaka pukimak! anjing kerajaan haram!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih banyak kepada teman saya yang di Singapura ..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses saya baca. Saya bisa kenal nama nya Mbah Suroto. saya tidak tau apa ini secara kebetulan saja. Tapi yang jelas saya berani sumpah demi alloh kalau saya tidak menikmati hasil nya bantuan dari mbah.

    waktu itu setelah pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jadi Tkw di Saudi Arabia hanya jeritan batin saya alami. Berkat bantuan beliau melalui Pesugihan Dana Gaib nya ini alhamdulillah sekarang kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya.

    Tergantung keyakinan dan kepercayaan saja. Banyak pilihan di berikan yaitu Dana Hibah, penglaris usaha dagan, dana gaib, anka gaib togel 3D,4D,5D,6D jampi pelet, ingin cepat dapat pekerjaan, dll....

    Kini saya berbagi pengalaman saja sudah saya rasakan dan buktikan sampai sekarang. Atau mungkin ada teman mau hubungi langsung beliau ini nomer WhatsApp nya 0822 9127 7145 Semoga bermanfaat. aminn...

    Info lebih jelas nya buka saja situs beliau di sini https://pesugihanputihislamia.blogspot.com.

    ReplyDelete