Ads Top

Suami Ziana Zain didakwa di mahkamah dera anak

SEBELUM ini, umum digemparkan dengan penahanan suami kepada selebriti terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri pada 2 Mac lalu atas pertuduhan mencederakan anaknya dimana laporan itu dibuat oleh Ziana Zain sendiri.


Semalam, Armin Zaharin, 53, telah didakwa di mahkamah majistret Shah Alam atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas salah seorang anak lelakinya.


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Denai Alam pada 25 Februari lalu kira-kira jam 4 pagi.


Armin yang tiba di perkarangan mahkamah dengan berpakaian t-shirt kelabu dan seluar jeans dengan tangan bergari dilihat tenang dan tersenyum kepada pemberita.


suami Ziana zain

Dia mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.


Jika sabit kesalahan, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dari mana-mana dua darinya.


Dalam kenyataannya ketika prosiding mahkamah berlangsung, dia menyatakan bahawa dia merotan anaknya adalah untuk mengajar anaknya mengaji dan solat, namun anaknya tidak faham.


Menurutnya, dia bertanggungjawab untuk mengajar anak-anaknya.


"Saya tak dera anak", kata bekas pramugara Malaysian Airlines itu sebelum meminta pengurangan wang jaminan kerana sudah tidak bekerja, bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai emak yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital.


Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin tetapi Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.


Ziana Zain tidak kelihatan sepanjang prosiding berlangsung di mahkamah dan Armin tidak mempunyai penjamin.


Ziana ketika ditemubual oleh sumber M-star berkata dia tidak dapat mengulas lebih lanjut hal berkenaan kerana perkara itu terlalu peribadi selain ia sudah menjadi kes mahkamah.


"Saya tak boleh komen lanjut sebab ia sudah menjadi kes mahkamah. Ini terlalu peribadi.


"Doakan yang terbaik," kata Ziana Zain secara ringkas kepada mStar Online.


Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zin,50, mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin yang merupakan bekas pramugara Kanan Penerbangan Malaysia pada 9 Mei 1998.


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18 , Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.— Edisirakyat.com, 7 Mac 2018

No comments:

Powered by Blogger.