Ibu terkilan video anak berbogel tunggang motosikal tular

SEORANG ibu merasa terkilan apabila satu rakaman video memaparkan aksi anaknya berbogel sambil menunggang motosikal tular di laman sosial.


Rakaman video berdurasi 1 minit itu dipercayai dirakam oleh seorang pengguna jalan raya di Telok Mas, Melaka sebelum tular di laman Facebook sejak petang semalam.


Menurut, Noraisah Nordin, 50, anak lelakinya yang merupakan anak keempat dari lima beradik, berusia 20 tahun itu mengalami masalah mental.


"Saya tiada di rumah kerana pergi bekerja dan pada waktu itu, anak saya keluar ke kedai berhampiran.Ketika itu, dia lengkap berpakaian dan saya terkejut apabila mendapat tahu dia keluar dengan menunggang motosikal", katanya seperti yang dilaporkan dalam harian Metro.


keputusan-spm

Walaupun merasa terkilan dengan penularan video mengaibkan itu, namun menurutnya, dia tidak menyalahkan individu yang merakamkan kejadian itu kerana mengganggap mereka tidak tahu keadaan kesihatan anaknya yang dipanggi Nadzmi.


Tambahnya lagi, dia redha dan mengganggap keadaan anaknya itu adalah dugaan dari Allah untuk mereka sekeluarga dan mengharapkan anaknya kembali pulih.


Katanya lagi, perkara ini bukan pertama kali berlaku yang mana terdapat juga laporan polis yang dibuat orang awam malah anggota polis juga hadir ke rumahnya di Pernu Melaka semalam.


Meluahkan rasa hati, sebagai ibu Noraisah berkata, semua segala yang berlaku berkaitan anaknya bukan dalam kawalannya dan berharap orang ramai tidak menghamburkan kata-kata negatif.


Mereka sekeluarga sentiasa memantau Nadzmi dan tidak membiarkan dia begitu sahaja.


"Kami sekeluarga sentiasa memantaunya dan bukan bersikap lepas tangan, tetapi ada masanya ia berlaku di luar kawalan. Tiada ibu bapa yang mahu anaknya jadi seperti ini," katanya.


Menceritakan perihal anaknya, menurut Noraisah, anaknya dahulu merupakan pelajar pintar, di mana mendapat 9A, 2B dalam peperiksaan SPM pada tahun 2015 sebelum melanjutkan pengajian di sebuah Universiti di Gombak, Selangor.


Namun, selepas satu semester, dia diminta menangguhkan pengajian kerana disyaki mempunyai masalah gangguan mental.


Pada satu-satu masa, Nadzmi kelihatan normal, bercakap seperti biasa, malah mendengar nasihat dan mampu membaca Al-Quran.


Usaha memulihkan Nadzmi sedang dilakukan oleh Noraisah dan suaminya termasuk membawa anaknya untuk menerima rawatan psikiatri selain mencuba rawatan tradisional. — EdisiRakyat.com, 6 April 2018

2 Comments

  1. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post