Ads Top

Kemalangan bas di Genting Highland, 23 cedera

SEBUAH bas yang dalam perjalanan turun dari Genting Highland terbabas sebelum merempuh sebuah kenderaan lain menyebabkan dua puluh tiga orang mengalami kecederaan semalam.


Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 7.15 malam itu berlaku di Km17.3 dari jalan raya Genting Highland menuju ke Kuala Lumpur menyebabkan sebuah kereta Honda Accord dirempuh oleh bas terbabit sebelum kedua-duanya terbabas ke pembahagi jalan.


Ketika kejadian, terdapat 18 penumpang di dalam bas yang terdiri dari 16 pelancong Cina, pemandu bas dan pemandu pelancong manakala lima orang penumpang menaiki Honda Accord tersebut.


Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Sani Harun dalam laporan New Straits Times berkata satu pasukan dari balai bomba Genting diarahkan ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan lebih kurang pukul 7.24 petang.


kemalangan bas di genting highland

Menurut Mohd Sani, hasil siasatan, bas itu sedang dalam perjalanan dari sebuah hotel di Genting Highlands menuju ke Subang Jaya sebelum kemalangan itu berlaku.


Kesemua 23 mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.— EdisiRakyat.com, 7 April 2018

1 comment:

Powered by Blogger.