Pakatan Harapan sepakat gunakan logo PKR pada PRU-14

PENGERUSI Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa semua pihak dalam gabungan pembangkang akan bertanding di bawah logo Parti Keadilan Rakyat untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (GE14).


"Saya ingin memaklumkan kepada anda semua, dan semua rakyat Malaysia, serta seluruh dunia yang kami akan bertanding di bawah satu simbol, simbol PKR," kata Mahathir kepada orang ramai pada sidang akhbar di Pasir Gudang, Johor.


Walau bagaimanapun, Mahathir berkata keputusan menggunakan satu simbol bukanlah satu perkara yang mudah. Ia bukan sesuatu yang mudah bagi komponen parti dalam Pakatan HARAPAN untuk menggugurkan simbol parti masing-masing untuk menghadapi PRU-14.


"DAP telah menggunakan simbol roket mereka selama lebih kurang 60 tahun, begitu juga parti lain yang sayangkan simbol parti masing-masing.


logo pakatan harapan PRU-14

Tetapi parti-parti di dalam Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sendiri yang telah digantung sementara bersatu padu demi satu perjuangan dan sepakat menggunakan satu simbol umum untuk semua parti pembangkang", katanya seperti yang dilaporkan dalam The Star.


Tun Mahathir dalam ceramahnya yang dihadiri lebih kurang 8,000 penyokong di Taman Bukit Dahlia semalam meluahkan rasa gembira apabila kesepakatan yang tidak mungkin berlaku ketika dulu, kini terjadi demi menghadapi Barisan Nasional.


Majlis ceramah Jelajah HARAPAN Johor itu turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.


Keputusan ini hanya memberi kesan kepada calon Pakatan Harapan di semenanjung Malaysia, memandangkan Sabah dan Sarawak tidak terikat dengan keputusan ini.— EdisiRakyat.com, 7 April 2018

Post a Comment

1 Comments