Putrajaya isytihar cuti umum 9 Mei sempena PRU-14

BERSEMPENA dengan tarikh Pilihan Raya ke-14 yang akan diadakan pada 9 Mei, Putrajaya mengumumkan tarikh tersebut sebagai cuti umum tambahan.


Menurut keterangan dari pejabat Perdana Menteri, ia bertujuan untuk membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mengundi memandangkan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini yang menetapkan tarikh pengundian pada hari bekerja iaitu hari Rabu.


Terdahulu, keputusan itu menimbulkan banyak rungutan terutamanya di laman sosial yang mana orang ramai menyuarakan kesukaran untuk menunaikan tanggungjawab memandangkan hari mengundi jatuh pada hari bekerja.


Berikutan pengundian sebelum ini jatuh pada hari bekerja, Kerajaan pimpinan Pakatan Harap iaitu Selangor dan Pulau Pinang juga sedang meneliti kemungkinan memberikan cuti peristiwa pada hari itu.


cuti umum PRU-14

Menurut laporan Astro Awani, keputusan mengisytiharkan cuti umum ini adalah berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Manakala, bagi Sabah dan Sarawak pula, Kerajaan-Kerajaan Negeri bertanggungjawab mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.— EdisiRakyat.com, 11 April 2018

Post a Comment

2 Comments

  1. jeng jeng jeng... spr ngoblok... spr akibatkan produktiviti negara turun... industri dlm dilema... majikan dlm dilema...

    spr putuskan Rabu hari kerja akan ‘Shut Down’ bahagian besar ekonomi. Majikan wajib lulus pemohonan cuti penjawat dan pekerja yg mane stesen undi mrk letak jauh.

    pohon cuti sehari sebelum dan sehari selepas hari undi..ia itu SELASA dan KHAMIS.krn kesesakan kenderaan di leburaya...

    ReplyDelete
  2. Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui anka nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama atau jalan sesat. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

    ReplyDelete