Ads Top

Tawaran diskaun 70 peratus bagi saman JPJ mulai 4 April

BERITA baik untuk semua pengguna jalanraya terutamanya bagi mereka yang mempunyai saman tertunggak di mana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan 70 peratus diskaun selama sebulan.


Tawaran diskaun ini merangkumi semua saman dan kompaun yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengakutan Jalan .


Namun, terdapat 5 kesalahan yang terkecuali dari 70 peratus diskaun iaitu kesalahan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), kompaun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), kesalahan Berat Dengan Muatan (BDM) atau lebih muatan bagi kenderaan lebih lima tan, saman mahkamah serta saman dan kompaun membabitkan warga asing.


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, dipetik dalam berita harian berkata, tawaran diskaun itu adalah bersempena ulang tahun JPJ yang ke-72.


diskaun 70 peratus saman JPJ

Tambahnya lagi, ini adalah satu sejarah kerana sepanjang 72 tahun penubuhan JPJ, tidak pernah ada tawaran diskaun setinggi itu yang mana tawaran yang paling tinggi sebelum ini adalah 50 peratus.


Beliau ditemui ketika melancarkan Sambutan Hari JPJ Ke-72 Peringkat Kebangsaan, di Dataran BP Mall, di sini, hari ini yang turut dihadiri, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid.


Beliau turut menyeru orang ramai merebut peluang melunaskan saman dan kompaun JPJ dengan tawaran 70 peratus diskaun itu memandangkan ia hanya sepanjang April.


Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman ketika dihubungi seperti yang dipetik dalam mStar berkata, "Jabatan itu sedang dalam proses menyelenggara sistem bagi melaksanakan sistem potongan itu. "Sistem untuk pembayaran itu akan siap secepat mungkin dan mungkin boleh dilaksanakan seawal Rabu (4 April)."


Pengguna jalan raya yang ingin menyelesaikan saman bolehlah hadir ke semua kaunter JPJ yang terdapat di seluruh negara untuk mendapatkan diskaun tersebut. — EdisiRakyat.com, 3 April 2018

1 comment:

Powered by Blogger.