Tun Mahathir dakwa pesawat disabotaj, mujur tidak terhempas

PELBAGAI perkara boleh berlaku menjelang pilihan umum ke-14. Tidak kurang juga bagi Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa disabotaj sehari sebelum hari penamaan calon PRU-14.


Beliau yang perlu berada di Langkawi telah menyewa sebuah pesawat peribadi khas namun mengalami kerosakan secara tiba-tiba seolah-olah disabotaj pihak tertentu.


Ketika itu, Tun Mahathir bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali sudahpun berada di Lapangan Terbang Subang dan telah berada di dalam pesawat tersebut sebelum dimaklumkan oleh juruterbang bahawa sistem pesawat itu tidak berfungsi.


Menurut laporan Astro awani, Juruterbang menyatakan bahawa kerosakan tersebut memerlukan masa yang agak lama untuk dibaiki menyebabkan beliau mencari inisiatif lain.


pesawat Tun Mahathir disabotaj

Beliau cuba meminjam pesawat dari beberapa orang rakan bagi meneruskan perjalanan ke Langkawi namun menurutnya beberapa orang rakan terpaksa menolak permintaannya kerana dihalang oleh pihak tertentu.


Beliau menyatakan kesyukurannya kerana bernasib baik masih ada seorang rakan yang mahu meminjam pesawat menyebabkan dia sempat sampai untuk satu majlis yang diadakan di sana dan untuk hari penamaan calon Sabtu ini.


Dr Mahathir bakal mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam persaingan merebut kerusi Parlimen Langkawi dengan calon BN Datuk Nawawi Ahmad dan Zubir Ahmad yang mewakili calon PAS.


"Saya sepatutnya sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat, tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak. Nasib baik juruterbang dapat kesan awal. Jika tidak, mungkin saya meninggal dunia akibat nahas," kata Dr Mahathir dalam ucapannya ketika program minum petang wanita HARAPAN bersama komuniti Cina dan India di De Baron Resort, Langkawi, semalam seperti dalam laporan Astro Awani.


Menurut yang dipetik dalam Malaysiakini, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan telah disabotaj pihak tertentu.


"Ada orang yang rancang ini saya fikir, tak pernah berlaku dalam sejarah. Saya naik kapal terbang ni sudah beribu kali tapi inilah kali pertama.


"Saya nak naik saja barulah juruterbang bagi tahu bahawa kapal terbang itu rosak dan dia tak boleh terbang. Dia akan cuba perbetul, baiki tetapi tak dapat," katanya.


Sebelum ini, Dr Mahathir pernah mengingatkan kepada pimpinan Pakatan HARAPAN bahawa pelbagai kemungkinan akan dilakukan oleh pihak tertentu untuk memperolehi kemenangan.


Ada kemungkinan dengan menghalang calon tiba di pusat penamaan calon Sabtu ini agar boleh menang tanpa bertanding.


Namun Tun Mahathir tidak menyangka perkara itu akan berlaku ke atasnya dimana beliau dijadikan mangsa sekatan supaya tidak dapat sampai ke Langkawi.


Beliau dipetik dalam laporan Malaysiakini sebagai berkata, "Nampak mereka sampai tahap nak jatuhkan kapal terbang sampai nak jatuh mati. Dia takut sampai tahap nak bunuh orang kerana dia nak cari kemenangan.


Saya yakin rakyat tak suka pemerintah yang guna cara begini untuk memenangi PRU".


Dalam satu sidang media yang diadakan, Tun Mahathir menyatakan bahawa tidak akan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut kerana mendakwa laporannya tidak akan disiasat.


"Saya tak nak buat laporan polis kerana saya tahu tidak akan ada siasatan dijalankan meskipun saya bercakap benar," katanya.— EdisiRakyat.com, 28 April 2018

2 Comments

  1. Di Saat PRU 14, Rahsia Besar Najib Akhirnya Terbongkar !!
    >>> KLIK HERE !! <<<

    ReplyDelete
  2. Dulu Saya bekerja di taoyuan hk, tapi saya sudah menyerah tinggal disana. Waktu itu mau pulang ke indo tapi gak dikasih gaji dari majikan. sempat saya putus asa. Dan ada temen saya kirim nomer nya mbah suro +6282354640471 tuk menolong saya melalui dana hibah nya. Biarlah orang pada bilang itu musrik tapi hanya tuhan yg tau. Mungkin itu salah satu jalan rejeki sy. Bisa jg di bantu melalui nomer togel. Ku doakan buat sahabat seperjuanganku semoga kalian bisa sukses amin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post