Calon Ketua Cabang PKR Sabah ditahan SPRM berhubung rasuah pemilihan parti

DUA ahli parti termasuk seorang calon Ketua Cabang Kimanis di Sabah dilaporkan ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah.

Majistret Afiq Agoes mengarahkan kedua-dua suspek yang berusia 46 dan 47 untuk ditahan reman selama enam hari bermula hari ini.

Afiq membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman mereka di Lokap Pusat, di mana kedua-dua ahli PKR itu dibawa pada jam 11 pagi. Mereka meninggalkan mahkamah sekitar 30 minit kemudian.

Pegawai pencegah rasuah menahan kedua-dua individu berkenaan di Kimanis pada 8.40pm dan 9.15pm semalam selepas menerima maklumat kedua-dua mereka dikatakan terlibat dalam cubaan merasuah baru-baru ini.

Difahamkan mereka didakwa merasuah Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR bagi membenarkan calon Ketua Cabang Kimanis, yang telah diisytiharkan bankrap untuk bertanding dalam pemilihan parti.

TAG

Jumlah wang rasuah serta individu yang terlibat menerima wang berkenaan masih dalam siasatan.

SPRM kini dilaporkan sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 16 (B) (a) akta SPRM 2009. Permohonan reman dibuat oleh pegawai SPRM Muhammad Basiruddin Faliq. — EdisiRakyat.com, 27 Oktober 2018

Post a Comment

1 Comments