Gaji penjawat awam majoriti di bawah RM5,000 sebulan

SEKITAR 76 peratus daripada 1.1 juta penjawat awam termasuk polis menerima gaji kurang daripada RM5,000 sebulan. Perkara itu didedahkan oleh Datuk Liew Vui Keong.

Memetik data akaun umum dari jabatan data, menteri undang-undang di Jabatan Perdana Menteri berkata, sekitar 866,270 daripada 1,146,222 penjawat awam dan polis berada pada tangga gaji G44 ke bawah setakat 30 jun.

Menurut beliau selain gaji pokok, kakitangan kerajaan juga menerima pencen tetap dan elaun tambahan tidak tetap, selaras dengan keperluan semasa seperti makanan, pakaian, dan perumahan.

TAG

"Sekiranya anda menjumlahkan sekali pencen tetap dan elaun bulanan yang ditetapkan oleh tangga gaji masing-masing, dan skim perkhidmatan, jumlahnya (penjawat awam memperoleh gaji kurang dari RM5,000 sebulan) turun kepada 742,561 orang, atau mewakili 65 peratus penjawat awam," katanya.

Liew dilapor berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan bertulis dari Datuk Mansor Othman (Ahli Parlimen PKR Nibong Tebal), yang bertanyakan soalan tentang berapa ramai kakitangan awam mendapat gaji kurang dari 5,000 sebulan dan apakah langkah-langkah diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat di dalam menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar.

Menurut beliau pada masa kini, struktur gaji penjawat awam negara mengikut jadual gaji minimum dan maksimum.

"Penentuan gaji berdasarkan prinsip pembayaran kerja, kelayakan masuk dan latihan, relativiti, dan pariti," katanya.

Liew dilapor memberi jaminan bahawa di dalam memastikan kebajikan penjawat awam, kerajaan akan terus mengaudit elaun mereka dari masa ke semasa.

"Di dalam melakukan semakan elaun dan gaji, pihak kerajaan mengambil kira implikasi terhadap kedudukan kewangan negara," katanya. — EdisiRakyat.com, 22 Oktober 2018

Post a Comment

0 Comments