Istana Negeri Sembilan tarik gelaran "datuk" Najib dan Rosmah

ISTANA Negri Sembilan dilapor telah menarik balik pangkat Dato' Seri Utama yang dianugerahkan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Istana itu menarik balik darjah Seri Utama Negeri Sembilan atau anugerah S.P.N.S. yang membawa gelaran Dato' Seri Utama.

Ahli Parlimen Pekan telah dianugerahkan darjah kebesaran itu dalam tahun 2005. Bagaimanapun difahamkan Najib masih lagi memiliki darjah Datuk Seri dari negeri-negeri lain termasuk Pahang, Melaka, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Perlis.

Najib

Pendaftar Darjah Kebesaran Negeri, Dr Razali Abdul Malik dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat pada hari Jumaat (26 Oktober) dalam satu mesyuarat khas berkenaan, anugerah darjah dan jawatankuasa kebesaran di istana besar Seri Menanti, berhampiran Kuala Pilah Negeri Sembilan. Ia merupakan istana pemerintah negeri, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Istana dilaporkan turut membuat keputusan menarik darjah Dato' Seri dari isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Anugerah Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar Yang Amat Terpuji (S.P.T.J) telah dianugerahkan kepada Rosmah dalam tahun 2006.

Rosmah

Bagaimanapun difahamkan Rosmah masih lagi memegang darjah Dato Seri dari negeri Pahang Melaka, Sabah, Sarawak, Kedah, dan Selangor.

Keputusan itu katanya untuk memelihara kemuliaan dan maruah institusi diraja Negri Sembilan. — EdisiRakyat.com, 26 Oktober 2018

Post a Comment

0 Comments