Isteri kena cerai selepas kantoi gambar curang di Google Maps

SEORANG isteri diceraikan oleh suami selepas perbuatan curangnya dengan lelaki lain kantoi dan diketahui pasangannya menerusi aplikasi Google Maps.

Seorang lelaki yang tidak diketahui, mengetahui perbuatan curang isterinya di facebook lapor media tempatan Amerika Latin, La Cronica pada hari Rabu.

Gambar berkenaan diambil pada bulan Oktober 2013 di Puente de los Suspiros, di masa seorang wanita dan seorang lelaki dilihat sedang bermesra di atas sebuah kerusi, dalam keadaan lelaki tersebut meletakkan kepala di atas riba wanita.


Menurut laporan itu, si suami terkejut melihat isterinya bersama dengan seorang lelaki lain. Lelaki itu menyedari bahawa pakaian yang dikenakan oleh wanita di dalam gambar tersebut serupa dengan pakaian milik isterinya.

Lelaki berkenaan terus berdepan dengan isterinya dan akhirnya si isteri mengakui perbuatan curang yang telah dilakukan. Mereka kemudian dilaporkan bercerai.

Kejadian ini bukanlah kali pertama Google Maps menarik perhatian terhadap gambar-gambar tidak dijangka. Seorang kanak-kanak di Burnos Aires menarik perhatian orang ramai di media sosial apabila gambarnya sedang tersadung di atas jalan mencetuskan rasa lucu sekaligus menjadi bualan netizen. — EdisiRakyat.com, 13 Oktober 2018

Post a Comment

0 Comments