Laksa beracun di Kedah, pemilik boleh dikenakan hukuman penjara

PEMILIK warung laksa di Baling, Kedah yang dilapor terkait kepada kematian 2 orang pelanggannya, hanya boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000.

Inilah hukuman maksimum yang boleh dikenakan kerana menjual laksa tercemar yang menyebabkan 81 orang pelanggan di tiga buah negeri dikejarkan ke hospital.

Pegawai Kesihatan yang telah menjalankan ujian ke atas laksa berkenaan menerusi Pulse Field Electropheresis mendapati, mee yang digunakan dalam laksa pada 4 Oktober lalu tercemar dengan bakteria Salmonella interica serovar weltevreden.

TAG

Pemilik warung berkenaan dilapor menghasilkan sendiri mee yang digunakan dalam laksa tersebut. Pegawai kesihatan percaya punca keracunan adalah disebabkan oleh penyediaan dan penyimpanan mee yang tidak bersih.

Penemuan mereka mendapati bahawa suhu yang digunakan ketika proses penyediaan, dan pemanasan yang tidak cukup sebelum laksa dijual telah mengakibatkan bakteria membiak.

Pegawai Kesihatan dari daerah Baling telah memaklumkan kepada pemilik warung tentang penemuan mereka.

Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye berkata, pihak kementerian akan memulakan tindakan undang-undang terhadap pemilik.

"Kita mesti memastikan penyediaan makanan sentiasa bersih dan selamat kerana ia melibatkan kesihatan dan keselamatan orang ramai,"

"Ini adalah satu perkara serius, Walaupun jika ia tidak melibatkan kematian. Tindakan akan diambil. Ia melibatkan nyawa,"

Beliau turut menyeru orang ramai supaya membuat aduan terhadap mana-mana premis makanan yang kotor dan tidak bersih.

"Sekiranya anda mendapat sebarang simptom, Jangan ambil ringan. Pergi ke hospital berdekatan," katanya.

Salmonella biasanya berkait dengan ayam, daging, telur dan produk-produk harian yang tercemar.

Warung laksa yang telah diarahkan tutup pada 8 Oktober lalu boleh beroperasi semula.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, pemilik warung mestilah terlebih dahulu mengambil langkah-langkah pembetulan dan memenuhi Akta Makanan 1983 serta Akta Peraturan Makanan 1995.

Ini merupakan tambahan kepada Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan lain-lain peraturan pihak berkuasa tempatan.

"Pemilik warung telah diberitahu sekiranya keperluan ini dipenuhi, beliau bebas membuka semula warungnya,"

Kematian pertama dilaporkan pada 6 Oktober, selepas mangsa menderita simptom keracunan makanan yang teruk selepas makan laksa terkenal dari Kampung Sri Landak di Kupang, Baling, Kedah.

Mangsa kedua pula mati selang sehari kemudian.

Pemilik warung laksa berkenaan Daud Ismail, 51 mendakwa mee yang digunakan adalah segar dan dibuat setiap hari.

Katanya lagi, tiada seorang pun ahli keluarganya yang mengalami "keracunan,".

"Jika ia (mee laksa) beracun, saya dan keluarga sepatutnya mula-mula mati," — EdisiRakyat.com, 23 Oktober 2018

Post a Comment

0 Comments