Ads Top

Lif rosak, penumpang OKU terkandas di stesen LRT

SEBILANGAN penumpang kurang upaya (OKU) terkandas awal pagi ini di Stesen LRT Puchong akibat kerosakan lif.

Para penumpang yang menggunakan kerusi roda itu, menggunakan perkhidmatan LRT untuk menghadiri satu sidang media di Beautiful Gate Foundation, Taman Perindustrian Puchong sebelum lif yang ingin mereka gunakan didapati rosak.

Lebih memburukkan lagi, tiada cara lain untuk keluar dari stesen berkenaan.


Pengerusi Kerajaan tempatan, pengangkutan awam dan pembangunan masyarakat Kampung Baru, Ng Sze Han dilaporkan berkata, para penumpang kurang upaya berkenaan tidak dapat menghadiri sidang media berhubung Karnival Krismas Sayangi Puchong disebabkan kerosakan itu.

"Mereka terkandas di tingkat atas dan tidak dapat turun.

"Perkara ini bukan kali pertama berlaku di Stesen LRT," katanya.

Para pengguna kurang upaya ini juga tidak dapat melepasi papan halangan yang menghalang kerusi roda daripada menyeberang ke satu lagi laluan keluar — menuju ke Tesco.

Menurut Ng, beliau ada menerima banyak aduan berhubung kekurangan kemudahan untuk golongan OKU di stesen tersebut.

Tambahnya lagi Prasarana Malaysia Berhad, perlu mencari penyelesaian kekal berhubung isu itu bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semua penumpang.

Eksekutif Gate Foundation dilaporkan berkata, pihaknya mempunyai ramai rakan-rakan golongan OKU yang menggunakan pengangkutan LRT itu sebagai pengangkutan memandangkan kawasan itu merupakan stesen paling dekat.

"Ramai rakan-rakan kita dari pusat di Petaling Jaya menggunakan LRT untuk sampai ke sini.

"Mereka selalunya menukar tren di Putra Heights sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Bandar Puchong," katanya.

Katanya beliau berharap perkara tersebut dapat segera diselesaikan untuk kemudahan semua pengguna.

Dalam pada itu prasarana telah mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan bahawa kerosakkan berlaku akibat lif berkenaan dimasuki air selepas hujan lebat dan banjir kilat berdekatan IOI Mall beberapa hari lalu.

Lif berkenaan dijangka akan mula beroperasi seperti biasa esok. Prasarana turut dilapor memohon maaf kepada pelanggan untuk segala kesulitan yang dialami. — EdisiRakyat.com, 9 Oktober 2018

No comments:

Powered by Blogger.