Pegawai kanan kerajaan sabotaj kerajaan Pakatan Harapan — Kadir Jasin

PEMIMPIN Pakatan Harapan, termasuk ahli jemaah menteri mensabotaj kerajaan mereka sendiri disebabkan oleh kejahilan, tamak dan kurang fokus kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Menurutnya bahaya kepada kerajaan baru yang kini sedang disabotaj tidak dapat dinafikan, di mana ancaman itu datang dari dua sumber utama, iaitu pemimpin-pemimpin pakatan, kakitangan kerajaan dan executive GLC/GLIC.

Kadir mencadangkan agar Pakatan Harapan menguatkuasakan undang-undang untuk menghalang menteri-menteri persekutuan dan kerajaan negeri dari menerima darjah kebesaran ketika masih berkhidmat.

"Saya ada sentuh tentang perkara ini secara tidak langsung dalam tulisan saya sebelum ini, berkenaan menteri-menteri baru yang menerima darjah kebesaran dari Melaka.


"Ini menunjukkan tanda ketidakmatangan mereka," katanya dalam kiriman di blog.

Tambahnya lagi adalah lebih baik sekiranya semua ahli parlimen dan adun turut dihalang daripada menerima darjah kebesaran ini.

Katanya menteri-menteri Pakatan Harapan, Ketua Menteri, menteri besar dan semua ahli parlimen pakatan, perlu disekolahkan sebelum terlambat, sebelum rakyat hilang kepercayaan terhadap mereka.

"Saya percaya dengan cara ini menteri-menteri dapat mengubah cara berfikir dari seorang pembangkang kepada kerajaan, daripada sekadar bercakap kepada bekerja, dan dari cakap kosong kepada benar-benar melakukan sesuatu,"

"Ingatlah, jika pada 9 Mei rakyat boleh tumbangkan kerajaan Barisan Nasional, yang telah berkuasa selama 61 tahun, apa hebat sangat pakatan yang umurnya tak sampai setahun?" tulisnya.

Dalam pada itu Kadir turut mencadangkan agar badan-badan anti rasuah untuk memantau pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam GLC dan GLIC yang berpotensi untuk mensabotaj kerajaan.

Katanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memastikan orang-orang ini di bawah pemantauan mereka.

Tambahnya, siasatan terhadap pegawai pegawai kanan bersara dan pegawai eksekutif GLC dan GLIC atau mereka yang diberhentikan perlu dilaksanakan dengan segera.

"Audit forensic terhadap GLC dan GLIC patut menjadi SOP," tulisnya lagi.

Menurut beliau, sabotaj oleh kakitangan awam dan pegawai-pegawai eksekutif GLC/GLIC adalah disebabkan oleh ketidakcekapan, pengaruh ideologi dan rasuah.

Kata Kadir, walaupun terdapat mereka yang bertaraf dunia, terdapat juga lebih ramai yang sebaliknya.

"Disebabkan lebih 60 tahun berada dalam kerajaan yang sama, mentaliti mereka telah dipengaruhi oleh ideologi parti pemerintah yang telah menjadi feudalistik dan corak sejak dekad kebelakangan ini,"

"Walaupun pakatan tidak menyambung ataupun memendekkan perkhidmatan beberapa pegawai-pegawai kanan dan melantik orang baru, DNA Umno atau Barisan Nasional masih lagi kuat,"

Katanya lagi beberapa menteri-menteri yang tiada pengalaman telah dipengaruhi oleh setiausaha kementerian sampai ke tahap mereka menjadi begitu melindungi setiausaha dan pegawai-pegawai kanan mereka.

Menurut Kadir beliau diberitahu terdapat menteri-menteri tertentu yang tidak suka mendengar maklum balas daripada parti ataupun orang awam tentang setiausaha kementerian mereka.

"Kiranya ini benar walaupun sedikit, adalah sangat berbahaya kepada kerajaan pakatan dan rakyat yang menyokong mereka,"

"Kerajaan kini terdedah kepada sabotaj dan kekeliruan akibat sisa-sisa kelemahan kerajaan yang lalu,"

Terdapat juga mereka yang sombong kerana mereka fikir banyak perkara yang tidak diketahui oleh kerajaan baru, dan kepakaran mereka tidak dapat ditukar ganti. Ada juga GLC dan GLIC yang mengintip kakitangan mereka supaya mereka tidak menyediakan butiran terperinci yang diminta oleh kerajaan kata Kadir.

Kadir turut berkongsi kisah yang didengarnya sebelum ini tentang seorang CEO GLC yang berkata "tidak ingat" apabila ditanya tentang gajinya.

Selepas diperiksa difahamkan gajinya lebih RM7 juta setahun. — EdisiRakyat.com, 20 Oktober 2018

Post a Comment

1 Comments

  1. Jgn lah diperbesarkan sgt isu pingat. Nak terima tak terima ikut kehendak msg2. Yg penting kerja kuat dan amanah, serta mendatangkan hasil. Bab sabotaj aku setuju. Jk ada bukti kukuh pegawai yg sabotaj, tindakan tegas perlu diambil segera. Pecat jk perlu

    ReplyDelete