Pegawai Polis berpangkat "datuk" ditahan SPRM kerana rasuah lebih RM100,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menahan seorang pegawai kanan polis berstatus 'datuk' bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai lebih RM 100,000.

Pegawai kanan, berpangkat Senior Assistant Kommissioner berusia 56 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada jam 7.10pm semalam (25 Oktober 2018).

Sumber memaklumkan bahawa suspek, yang bertugas di Bukit Aman, dikatakan meminta dan menerima wang di antara bulan Ogos tahun lalu dan Ogos tahun ini.

SPRM

"Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah sebagai galakan agar tidak mengambil tindakan terhadap seorang koperal dari Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Bukit Aman yang didakwa telah menerima rasuah untuk mengurangkan saman trafik.

"Pegawai berkenaan telah ditahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Seksyen Putrajaya," katanya. — EdisiRakyat.com, 26 Oktober 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post