Pegawai wanita dipenjara kerana keluarkan saman parkir kepada Individu tidak bersalah

SEORANG pegawai penjaga tempat letak kenderaan, di negara jiran Singapura, tidak melakukan rondaan sebaliknya sibuk menjaga nenek yang sakit, namun pada masa yang sama menyembunyikan tingkah laku itu dengan cara mengeluarkan banyak saman kepada ramai penunggang motosikal meskipun mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Bagi mendapat kepercayaan seolah-olah dia telah memenuhi kuota saman harian, Noorhasimah Jasman telah memasukkan nombor-nombor pendaftaran kenderaan tanpa tiket parkir bermusim ke dalam sistem rekod elektronik, meskipun dia sendiri tidak pasti sama ada kenderaan tersebut pernah diletakkan di kawasan dia sepatutnya melakukan rondaan.

Difahamkan ini merupakan kali pertama kes seumpama ini berlaku, wanita itu mengeluarkan saman sejumlah $1,000 (RM3,017) kepada lebih 30 penunggang motosikal, sebelum diserang oleh salah seorang daripada mangsanya.

Pada hari Isnin (15 Oktober) wanita berusia 33 tahun itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat minggu selepas mengaku bersalah terhadap 18 kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber yang dituduh ke atasnya.


Sebanyak 36 lagi tuduhan bagi kesalahan kesalahan yang sama turut dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.

Noorhasimah melakukan kesalahan-kesalahan itu pada bulan Jun dan Julai tahun lalu ketika bekerja di kawasan Chua Chu Kang, di bawah syarikat Ramky Cleantech Services, yang menyediakan perkhidmatan palang keselamatan dan tempat letak kenderaan.

Di awal waktu kerja, dia akan bertemu dengan ketua pasukan untuk mengambil alat pengimbas dan sebuah borang akauntabiliti rondaan.

Norasimah ditugaskan untuk mencatat jumlah kenderaan yang telah diperiksa ke dalam borang berkenaan dan jumlah saman-saman yang dikeluarkan bagi setiap kawasan letak kenderaan yang dilawati.

Dia dikehendaki untuk memeriksa sekurang-kurangnya sebanyak 60 kenderaan bagi setiap tempat letak kenderaan bagi mencapai kuota harian kerjanya. Bagaimanapun, menurut timbalan pendakwa raya Alfie Lim, tiada kuota ditetapkan untuk jumlah saman yang dikeluarkan.

Mahkamah turut diberitahu bahawa dia perlu memulangkan alat pengimbas dan borang selepas waktu kerja.

Kata DPP Lim, ketika rondaan lebih awal, Noorasimah berjaya untuk menyimpan rekod-rekod nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mempunyai tiket parkir bermusim.

Dia telah memasukkannya ke dalam Sistem Integrasi Parkir Kereta (ICPS) – sebuah sistem pengurusan kesalahan parkir yang diurus oleh HDB, yang boleh diakses oleh pegawai-pegawai Ramky.

DPP memberitahu Hakim Daerah, Kessler Soh bahawa, tertuduh memberitahu bahawa seorang nenek di bawah jagaannya, telah jatuh sakit sekitar bulan Mei 2017. Oleh kerana perlu menjaga nenek, tertuduh tidak melakukan rondaan ke tempat-tempat letak kenderaan yang ditetapkan untuknya.

"Dia, tidak tahu pun sekiranya kenderaan-kenderaan berkenaan diletakkan di situ, dan telah melakukan kesalahan parkir. Dia telah menyebabkan pemilik kenderaan dikenakan saman atas kesalahan parkir yang tidak dilakukan oleh mereka,"

Pada bulan Jun tahun lalu seorang pemilik motosikal menerima surat dari HDB berkaitan kesalahan meletak kenderaan walaupun tidak ada sesiapa menunggang motorsikal miliknya. Beliau telah menghubungi pihak polis membawa kepada penangkapan Noorasimah.

Kesemua 16 pemilik kenderaan telah membayar denda berjumlah $304 (RM917) disebabkan oleh penipuan Noorasimah. Pihak HDB sejak dari itu telah membatalkan baki saman-saman palsu yang telah dikeluarkan dan memulang kembali wang denda. Noorasimah turut dipecat.

Peguambela, Chua Hua Yi memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya sangat menyesal. Dia dia telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak $10,000 (RM30,176) Dan telah diarahkan untuk menyerah diri kepada mahkamah negeri pada 31 Oktober untuk menjalani hukuman. — EdisiRakyat.com, 15 Oktober 2018 

Post a Comment

Previous Post Next Post