Setiausaha PKR Kedah direman 7 hari berhubung rasuah pemilihan cabang

SETIAUSAHA Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah direman selama tujuh hari sehingga 31 Oktober untuk membantu siasatan terhadap tuduhan rasuah ketika pemilihan cabang parti itu baru-baru ini.

Arahan reman terhadap individu berusia 59 tahun itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar, Mahkamah Majistret Alor Setar, Jamaludin Elias selepas mendapat satu permohonan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek yang juga merupakan calon mewakili parti untuk kerusi DUN Bukit Pinang ketika Pilihanraya Umum ke-14 dilihat diiringi polis 2 pegawai SPRM Kedah di mahkamah, lapor The Malay Mail.

TAG

Difahamkan bahawa suspek ditahan pada jam 4.10 petang semalam selepas menyerah diri di pejabat SPRM negeri.

Malay Mail memetik sumber melaporkan suspek bersama dengan dua orang lelaki berusia 46 dan 41 juga turut ditahan bulan lalu kerana didakwa meminta sejumlah wang rasuah RM20,000 daripada seorang lelaki sebagai galakan bagi membolehkan namanya dimasukkan ke dalam sistem dan didaftarkan sebagai calon pemilihan parti.

Mangsa bersama beberapa orang lagi sebelum ini telah digugurkan nama mereka dari senarai calon.

Suspek memberitahu mangsa bahawa dia boleh membantu mengubah pengguguran itu dengan sedikit insentif.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohamad Fauzi Mohd ketika dihubungi memberitahu bahawa lelaki berkenaan ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. — EdisiRakyat.com, 25 Oktober 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post