SPRM panggil Najib, mungkin tangkap Irwan Serigar

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan mungkin bakal menahan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Muhammad Irwan Serigar Abdullah bagi membantu siasatan perjanjian antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan International Petroleum Investment Co (IPIC).

Sumber SPRM dilaporkan berkata suruhanjaya itu telah memanggil bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Irwan untuk hadir ke ibu pejabatnya di Putrajaya bagi membantu siasatan pada jam 2 petang esok.

"Kedua-dua mereka telah diberitahu tentang perkara ini dan kemungkinan SPRM akan menahan Irwan sebelum membawanya terus ke mahkamah untuk proses pendakwaan keesokkan harinya,"

TAG

"Bagaimanapun Najib mungkin akan dibebaskan selepas kenyataannya dirakam, dan dia akan didakwa bersama-sama dengan Irwan Khamis ini," kata sumber itu seperti yang dipetik oleh NST.

Sumber itu turut memberitahu bahawa Najib akan menghadapi enam pertuduhan berkaitan dengan IPIC namun tidak dapat mendedahkan jumlah tuduhan yang akan dikenakan terhadap Irwan.

SPRM sebelum ini telah menahan Najib selama satu malam di ibu pejabatnya sebelum melakukan pendakwaan terhadapnya berhubung kes-kes melibatkan 1MDB dan src International.

NST melaporkan hari ini bahawa Najib dijangka akan disiasat berhubung sekurang-kurangnya empat tuduhan yang mana kali ini melibatkan perjanjian antara 1MDB dengan IPIC.

Menurut sumber SPRM itu lagi, pegawai penyiasat dalam siasatannya menyelidik bagaimana pentadbiran lalu menyelesaikan satu hutang menggunakan dana awam, dan siapakah pihak yang meluluskan pembayaran itu — didakwa tanpa persetujuan jemaah menteri. — EdisiRakyat.com, 23 Oktober 2018

Post a Comment

0 Comments