Anwar yakin mampu tunai janji pilihanraya

AHLI Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor meluahkan keyakinan bahawa beliau mampu untuk menunaikan segala janji yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Kecil Port Dickson bulan lalu, termasuk aku janji untuk menambahbaik ekonomi tempatan.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), berkata beliau telah bertemu dengan Menteri Besar Aminuddin Harun dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk merealisasikan aspirasi itu.

"Saya telah berbincang dengan mereka rancangan untuk meningkatkan ekonomi tempatan, hotel, industri perkilangan, dan juga sektor pendidikan di Port Dickson," katanya ketika sambutan ulang tahun ke-38 Persatuan Toh Clan, di Lukut malam tadi.

Katanya lagi, Port Dickson kini semakin popular di seluruh dunia sejak beliau memenangi pilihanraya kecil.

Anwar Angkat Sumpah

"Saya suka dengan fakta bahawa Port Dickson kini terkenal di seluruh dunia. Malah Presiden Turki (Recep Tayyip Erdogan) ada hubungi dan ucap tahniah kepada saya kerana berjaya terpilih sebagai Ahli Parlimen Port Dickson,"

"Dalam temubual terbaru saya dengan BBC dan Bloomberg, nama Port Dickson juga disebut. Jadi seluruh dunia mengenalinya (Post Dickson) sekarang," tambahnya lagi. — EdisiRakyat.com, 11 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post