Apa masaalah dengan Harapan Coin Khalid Samad tanya Najib

MENTERI Wilayah Persekutuan, Khalid Samad malam dilapor mempersoalkan Mengapa Datuk Seri Najib Razak menentang cadangan pakatan harapan untuk melancarkan matawang kripto sendiri.

Khalid Samad

"Kenapa Najib nak pertahankan bitcoin, sebab dia ada banyak bitcoin betul tak?" soalnya.

"Kenapa kita tak boleh cipta matawang krypto kita sendiri yang akan dikawal dan diurus oleh kerajaan?" katanya ketika melancarkan Projek The Lost Food malam semalam.

Sebelum ini Khalid telah mengumumkan untuk memperkenalkan matawang krypto yang dipanggil Harapan Coin pada bulan Julai.

Pemimpin Amanah Itu berkata mata wang tersebut akan menjadi platform pengumpulan dana politik pertama menggunakan matawang krypto dan teknologi rantaian blok.— EdisiRakyat.com, 15 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post