Empat ditangkap polis enggan beredar dari kawasan Kuil Seafield

polis tahan perusuh

PIHAK polis dilaporkan telah menangkap empat individu kerana enggan mengindahkan amaran untuk meninggalkan kawasan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam.

Keempat-empat mereka ditahan serta-merta selepas pihak polis memulakan kiraan angka 10 agar kumpulan yang berhimpun segera beredar.

Menjelang tengah malam, polis dilaporkan cuba menyuraikan sekumpulan kecil individu berjumlah kira-kira 60 orang yang berkumpul berhampiran Kuil Seafield yang menjadi lokasi rusuhan dua hari berturut-turut.

Kumpulan individu berbaju hitam itu berkumpul di jalan berhampiran kira-kira 50 meter dari kuil yang dipisahkan oleh Lebuhraya LDP.

Mereka menjelaskan bahawa kehadiran mereka bukan untuk mencetuskan kekacauan, namun sekadar untuk berhimpun secara aman. — EdisiRakyat.com, 28 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post