Kementerian Pertahanan tiada masaalah dengan "pantun" — Mohamad Sabu

MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu dilaporkan sebagai berkata kementeriannya tiada masalah dengan penggunaan "pantun" Melayu dalam program kementerian, namun penggunaannya mestilah sesuai dengan majlis.

"Tak ada masalah, datanglah ke program kami, meraikan veteran, makan malam, hiburkan mereka dengan "pantun".

"Tapi ada tempat-tempat dan masa di mana pantun tidak sesuai, tak mungkinlah kita nak berpantun ketika acara perbarisan," katanya.

mat sabu

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilapor berkata demikian sebagai menjawab kenyataan oleh bekas penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Rais yatim yang mempersoalkan pengharaman penggunaan pantun dalam majlis-majlis rasmi dianjurkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Rais melalui akaun Twitter miliknya, turut berkongsi memo dalaman kepada semua cawangan perkhidmatan ATM bertarikh 2 November, yang menyatakan pengharaman penggunaan pantun dalam majlis-majlis rasmi ketenteraan.

Memo berkenaan menegaskan bahawa majlis-majlis rasmi bersifat regimental dan pelaksanaan mestilah dilakukan dengan protokol dan etika ketenteraan.

Mohamad dilapor menegaskan bahawa memo tersebut tidak patut dipolitikkan oleh mana-mana pihak. — EdisiRakyat.com, 9 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post