Keputusan rayuan "Bin Abdullah" ditangguh

ISU sama ada anak luar nikah pasangan beragama islam boleh menggunakan nama bapa masing-masing atau bin Abdullah sebagai nama keluarga belum dimuktamadkan, selepas mahkamah persekutuan yang menangguhkan keputusan rayuan Jabatan Pendaftaran Negara JPN semalam.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop, membenarkan permohonan JPN dan dua pihak lagi untuk menangguhkan rayuan selepas perayu memberi indikasi bawa pertelingkahan berhubung isu bin Abdullah itu boleh diselesaikan melalui pendekatan lain.

Mahkamah Rayuan

Hakim Ahmad berkata, walaupun korum berkenaan bersedia dengan keputusannya, mereka berpuas hati agar ia ditangguhkan selepas menimbang permohonan perayu ujar beliau mahkamah turut menimbang bahawa responden terdiri daripada sepasang suami isteri dan anak mereka tidak mengemukakan bantahan manakala Majlis Agama Islam Negeri Johor, selaku pencelah tidak bersetuju dengan penangguhan.

Mahkamah kemudian menetapkan keputusan yang bakal menjadi nas undang-undang itu diumumkan pada satu tarikh lain.

JPN, Ketua Pengarah JPN, dan kerajaan Malaysia merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepada kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dan kedua-dua ibu bapanya yang identiti mereka dirahsiakan oleh mahkamah.

Pada 27 Julai tahun lalu panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Safli dan Puan Sri Zaleha Yusof, sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Ogos 2016 yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya. — EdisiRakyat.com, 23 November 2018

Post a Comment

0 Comments