Mahkamah arah Utusan bayar RM50,000 kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah

MAHKAMAH Tinggi hari ini dilapor mengarahkan Utusan Malaysia (M) Bhd untuk membayar sebanyak RM30,000 ganti rugi kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana menyiarkan satu artikel fitnah pada tahun 2015.

Utusan Malaysia
Program boikot Utusan Malaysia dengan cara membaca akhbar itu secara terbalik

Peguam datuk N. Mureli yang mewakili Guan Eng memberitahu bernama bahawa Hakim Datuk Rosilah Yop juga mengarahkan Utusan untuk membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Guan Eng menjadikan jumlah keseluruhan perlu dibayar sebanyak RM50,000.

Guan Eng telah memfailkan saman fitnah terhadap Utusan dan Editor Zulkifli Jalil sebagai defendan pertama dan kedua berhubung satu artikel bertajuk 'Pengundi atas pagar jadi penentu?' Disiarkan pada 10 April 2015 mendakwa Guan Eng mempunyai kuasa penuh terhadap tanah wakaf dan bagaimana ia patut dibangunkan.

Tulisan berbentuk analisa itu telah ditulis oleh Zulkifli dan disiarkan dalam Utusan versi cetak serta di laman sesawangnya.

Pada 27 September, kes berkenaan telah diselesaikan selepas Zulkifli memohon maaf kepada Guan Eng dalam mahkamah sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian saman itu. — EdisiRakyat.com, 24 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post