Muhyiddin nasihat Maszlee letak segera jawatan Presiden UIAM

MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik tidak perlu Menunggu lagi untuk letak jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilaporkan berkata, parti dan jemaah menteri telah membuat keputusan jelas bahawa Ahli Parlimen Simpang Renggam itu perlu meletak jawatan.

"Satu keputusan jelas telah diambil oleh jemaah menteri. Beliau telah memberi maklumbalas menerimanya, tetapi beliau kata perlukan masa."

"Saya nasihatkan dia letak jawatan secepat mungkin," kata Muhyiddin seperti yang dipetik oleh The Star.

Muhyiddin Yassin

"Dalam masa yang sama beliau patut mencari seorang yang sesuai untuk mengambil alih, kerana ini adalah satu keputusan tegas dibuat oleh parti dan kerajaan,"

"Saya rasa Dr Maszlee patut faham tentang perkara itu," katanya dalam satu sidang media pada hari Isnin (12 November).

Pelantikan Dr Maszlee sebagai Presiden UIAM dikecam terutama oleh kumpulan-kumpulan pelajar, kerana ia bercanggah dengan janji Pakatan Harapan untuk tidak melantik ahli politik bagi menguruskan universiti.

Maszlee Malik

Pejabat Kementerian berkenaan dilapor berkata telah bersetuju untuk meletak jawatan namun menangguhkannya sehingga individu lain untuk mengambil alih ditemui. — EdisiRakyat.com, 12 November 2018

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post