Najib arah sembunyikan fakta 'Jho Low' hadir Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB

JABATAN Audit Negara mengesahkan ahli perniagaan kontroversi Jho Thaek Low (Jho Low) menghadiri mesyuarat lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun fakta itu diminta disembunyikan atas arahan bekas Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak melalui Ketua Setiausaha Sulit beliau ketika itu dengan menggugurkan beberapa perenggan dalam laporan akhir pengauditan 1MDB.

1MDB

Menurut kenyataan Jabatan Audit terdapat dua pengguguran penting yang dilakukannya itu berkaitan status akaun kewangan 1MDB, dan mengenai kehadiran "Jho Low" dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Beberapa tokoh kerajaan yang penting termasuk Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tan Sri Syukri Shaari, bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang turut dinamakan dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Audit itu.

Selain itu ia juga membabitkan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul kanda yang mempunyai kapasiti membuat keputusan penting berhubung proses pengguguran fakta dalam laporan audit 1MDB.

Dalam kenyataan Jabatan Audit memaklumkan pada 20 Februari 2016 Tan Sri shukry meminta Jabatan Audit membentangkan laporan audit akhir mengenai 1MDB kepada perdana menteri bagi perbincangan lanjut yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Bagaimanapun Jabatan Audit mendakwa mesyuarat PAC yang pada asalnya dijadual diadakan pada 24 Februari 2016 ditangguh hingga 4 dan 7 Mac 2016 bagi memberi masa kepada Jabatan Audit membuat pindaan-pindaan disebabkan perlunya membuat pindaan serta pengguguran fakta daripada laporan audit 1MDB.

Laporan akhir pengauditan 1MDB dengan fakta yang disembunyikan itu kemudiannya dibentangkan kepada PAC, pada 4 dan 7 Mac 2016.

Pada 22 Februari 2016 Datuk Seri Najib melalui Tan Sri Shukry mengarahkan dua perenggan digugurkan daripada laporan akhir pengauditan 1MDB berkaitan dengan fakta mengenai akaun kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Disember 2014.

Menurut kenyataan itu alasan diberikan Tan Sri Syukri untuk menggugurkan dua perenggan itu adalah bagi membenarkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Jabatan Audit mengklasifikasikan 1MDB sebagai sebuah "krisis" pada 23 Februari 2016, Jabatan Audit juga mendakwa bahawa Datuk Seri Najib mengarahkan satu lagi fakta untuk disembunyikan berkaitan "Jho Low" menghadiri mesyuarat 1MDB.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad dalam pada itu turut mengesahkan arahan menggugurkan perenggan berkaitan kehadiran "Jho Low" dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB diarahkan Tan Sri Shukry pada 26 Februari 2016 atas alasan ia 'sensitif' dan untuk mengelakkan diputarbelit oleh pembangkang ketika itu.

Dr Madinah berkata beliau telah menyampaikan taklimat kepada mesyuarat jemaah menteri mengenai pindaan kepada laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum laporan berkenaan dimuktamad dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara 4 march 2016.

Laporan Akhir 1MDB sebelum pindaan telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk siasatan lanjut pada 2018.

Sementara itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan memberitahu telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan pada laporan akhir pengauditan 1MDB.

SPRM juga telah meneliti dokumen asal laporan untuk dibandingkan dengan draf akhir yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

Sehubungan itu SPRM akan memanggil beberapa saksi dalam tempoh terdekat bagi memberi keterangan dan membantu siasatan dalam masa terdekat. — EdisiRakyat.com, 25 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post