Patah tulang, apa perlu anda lakukan?

SEKIRANYA anda berdepan dengan situasi seseorang mengalami patah tulang, dan ia menyebabkan trauma atau kecederaan teruk, jangan berlengah, segera hubungi talian kecemasan 999 atau bahagian kecemasan terdekat di kawasan anda.

Tulang Patah

Anda juga perlu mendapatkan bantuan kecemasan sekiranya patah tulang yang dialami menyebabkan perkara-perkara perkara seperti berikut:

1. Individu yang mengalami patah tulang tidak bergerak, tidak bernafas, dan tidak memberi sebarang maklum balas. Mulakan bantuan pernafasan kecemasan, CPR jika mangsa tidak bernafas atau tiada degupan jantung.

2. Begitu banyak pendarahan.

3. Jika pergerakan kecil atau tekanan sedikit pun menyebabkan mangsa berasa sakit.

4. Anggota badan, ataupun sendi tercabut atau tertanggal dari tempat asalnya.

5. Tulang patah telah memecahkan, melukakan, atau menusuk ke kulit.

6. Keadaan tangan atau kaki mangsa yang cedera, contohnya di bahagian jari kaki atau tangan berasa kebas atau kebiruan di bahagian hujung.

Jika anda mengesyaki bahawa tulang di bahagian leher, kepala atau belakang telah patah. Jangan cuba gerakkan mangsa kecuali jika ia perlu bagi mengelakkan kecederaan lebih teruk. Ambil tindakan segera sementara menunggu bantuan tiba.

Hentikan sebarang pendarahan. Berikan tekanan kepada bahagian yang luka dengan pembalut yang bersih, cebisan kain yang bersih, atau pakaian yang bersih.

Buat sesuatu agar kawasan yang cedera tidak boleh bergerak (halang pergerakan kawasan yang cedera). Jangan cuba melaraskan tulang atau menekan bagi memasukkan kembali tulang yang terkeluar.

Jika anda pernah dilatih untuk menuap dan bantuan profesional sukar didapati pada waktu kejadian, lakukan penuapan di bahagian atas dan bawah kawasan tulang yang patah. Meletakkan alas di kawasan penuapan boleh mengurangkan rasa tidak selesa.

Letak bungkusan ais bagi menghalang bengkak dan membantu mengurangkan kesakitan. Jangan letak ais terus kepada kulit, bungkuskan ais di dalam sehelai tuala, kain ataupun bahan lain yang dirasakan sesuai.

ais

Jika mangsa pengsan atau bernafas pada kala yang pendek, bernafas laju, baringkan mangsa kebawah dalam keadaan kepalanya sedikit lebih rendah dari ketinggian kaki. Jika perlu angkat kaki mangsa. — EdisiRakyat.com, 19 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post