Penyelidik China bina 'matahari buatan' capai suhu 6 kali teras matahari sebenar

NEGARA China dilaporkan telah membina sebuah 'matahari buatan' yang boleh mencapai suhu enam kali teras matahari yang sebenar.

Sebuah reaktor direka cipta untuk meniru proses yang terjadi dalam matahari, sebagai sebahagian daripada projek menukar hidrogen kepada tenaga hijau yang murah.

Rekaan itu mencapai tanda aras baru minggu ini apabila berjaya mencapai suhu setinggi 180 juta °F (100 juta °c) buat kali pertama, ia dipercayai merupakan suhu di mana berlakunya paduan nuklear.

Matahari buatan

Para penyelidik di seluruh dunia kini sedang berlumba-lumba untuk membina reaktor paduan nuklear pertama yang boleh berfungsi.

Kejayaan itu dipercayai akan membuka lembaran baru ke arah penghasilan tenaga hijau dengan jumlah hampir tanpa had bernilai berbillion ringgit dikatakan mampu menyelamatkan bumi dari krisis perubahan cuaca. alert-info

Para penyelidik Sains Fizikal di Institut Heifei China pada hari Selasa mengumumkan bahawa mesin paduan nuklear mereka telah mencapai suhu 180 juta °F (100 juta °c).

Suhu ini dipercayai enam kali lebih panas dari teras matahari yang sebenar, yang selalunya mencapai puncak kepanasan hanya sekitar suhu 27 juta °F (15 juta °c).

Para penyelidik percaya bahawa paduan nuklear yang berlaku pada suhu 180 juta °F menyebabkan zarah-zarah deuterium dan tritium bercas akan bergabung bersama dalam satu letupan tenaga yang besar.

Zarah-zarah ini dalam keadaan normal menolak antara satu sama lain, dan suhu yang sangat besar diperlukan bagi mengatasi daya penolakkan ini.

Tujuan pasukan EAST (Experimental Advanced Superconducting Tokamak) melakukan ujian ini adalah untuk memahami proses paduan nuklear sebelum membina reaktor penuh.

Reaktor paduan nuklear berbeza fungsi dengan reaktor pemecahan nuklear kerana ia bertindak menggabungkan nuklear bukan sebaliknya.

Proses ini menjanjikan sumber besar tenaga yang murah dan jauh lebih selamat berbanding pemecahan nuklear, selain menghasilkan hampir tiada langsung sisa buangan nuklear berbahaya.

Sebuah reaktor paduan nuklear yang praktikal mestilah bukan sahaja boleh menahan suhu yang ekstrem, tetapi juga kekal stabil dalam suhu ini untuk jangka masa yang panjang.

Tokamak merupakan sistem kurungan magnetik paling maju di dunia, dan ia menjadi asas rekaan kepada pelbagai jenis reaktor paduan nuklear moden.

Reaktor paduan nuklear

Ia melibatkan unsur-unsur ringan seperti, hidrogen yang menghentam sesama sendiri supaya membentuk unsur-unsur yang lebih berat seperti helium.

Bagi membolehkan paduan berlaku, atom-atom hidrogen diletakkan di bawah haba dan tekanan yang tinggi sehingga ia berpadu antara satu sama lain.

Tokamak Energy sebuah syarikat paduan nuklear berpengkalan di Oxfordshire mendakwa mereka akan membina sebuah reaktor paduan bagi menjana generasi pada tahun 2030. — EdisiRakyat.com, 15 November 2018

Sumber — Daily Mail UK

Post a Comment

0 Comments