PKR akan lantik juruaudit bebas untuk pemilihan

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) dilapor akan melantik juruaudit bebas bagi menilai perjalanan proses dan keputusan pemilihan parti itu kata Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi Fadzil

Katanya, biro politik akan membuat keputusan berhubung perkara itu dalam mesyuarat yang berlangsung malam ini.

"PKR akan mengumumkan juruaudit bebas secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat berkenaan.

Malaysiakini melaporkan, biro politik PKR telah mengarahkan Baker Tilly, sebuah syarikat audit swasta untuk menyiasat dakwaan calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir, terdapat undian yang hilang dengan cara "sistematik dan terancang,"

Baker Tilly, adalah syarikat yang ditugaskan untuk mengesahkan integriti sistem e-voting yang digunakan dalam pemilihan parti itu.

Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dilapor membaca kenyataan media yang dikeluarkan selepas mesyuarat biro politik parti yang diadakan di parlimen, berkata satu lagi keputusan dibuat ialah untuk melantik juruaudit bebas bagi mengaudit keseluruhan proses pemilihan.

Jawatankuasa Pemilihan Parti dilapor telah menerima keputusan pemilihan bagi cabang-cabang Julau, Sarawak, Pensiangan dan Tawau di Sabah. — EdisiRakyat.com, 14 November 2018

Post a Comment

0 Comments