Sindiket tipu pinjaman tidak wujud tumpas, 21 suspek ditahan

POLIS menahan seramai 21 individu yang disyaki terlibat dalam sindiket pinjaman tidak wujud dan mengedar dadah di sekitar Lembah Klang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJ Bukit aman Datuk Saiful Azli Kamaruddin berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 27 tahun itu ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi di Kajang dan Cheras 13 November lalu.

sindiket pinjaman tidak wujud

Tambah beliau sebuah rumah teres di Kajang 8 Kondominium di Batu 9 Cheras diperiksa dalam serbuan yang bermula pada 2.30 petang hingga 9.30 malam itu.

Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket memperdayakan mangsa dengan menawarkan pinjaman tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.

Sindiket aktif sejak Ogos lalu, mangsa akan diarah membuat pembayaran caj dokumen perjanjian pinjaman berserta cop Lembaga Hasil Dalam Negeri berdasarkan jumlah pinjaman yang dipohon, dalam beberapa akaun bank atas nama individu berkenaan.

"Keuntungan ini, 6%, 10%, 20% akhir sekali, RM1,000 atau RM2,000 bila semua dah bayar, dia phone tutup telefon babai,"

"Sindiket telah ditangkap kita siasat, mereka terlibat sebanyak 32 kes, jumlah kerugian sebanyak lebih kurang RM500,000,"

"Semua mangsa-mangsa wujud di setiap negeri dalam Malaysia, kecuali di utara," katanya.

Sindiket dipercaya meraih keuntungan antara RM20,000 ke RM50,000 setiap hari.

Sebanyak 53 buah telefon bimbit pelbagai jenama, 15 keping kad kredit dan 5 buah komputer peribadi dirampas.

Sehingga semalam seramai 2,698 individu ditahan sejak Januari tahun ini membabitkan kerugian RM36 juta.

Dalam pada itu tiga daripada suspek dikesan terlibat dengan pengedaran dadah pelbagai jenis. Dadah bernilai kira-kira RM337,000 turut ditemui. — EdisiRakyat.com, 23 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post