Suspek kes dadah larikan diri di mahkamah

SEORANG lelaki berusia 29 tahun yang sepatutnya didakwa berhubung kes berkaitan dadah di Mahkamah Majistret Rembau, Negeri Sembilan hari ini dilapor melarikan diri dari tahanan.

gari

Dalam kejadian yang dilapor berlaku pada jam 10.30 pagi itu, jurubahasa mahkamah memanggil nama suspek untuk masuk ke dalam kandang tertuduh beberapa kali namun tiada maklum balas.

Selepas menyedari ketiadaan suspek, beberapa orang pegawai polis dengan segera mencarinya di sebuah bilik tahanan yang menempatkannya sebelum itu.

"Polis segera ke bilik tahanan dan menyedari suspek telah hilang,"

"Pihak polis percaya tertuduh, yang dibawa ke mahkamah dari Ibu Pejabat Polis Tampin, berjaya melarikan diri ketika menunggu giliran untuk didakwa," kata sumber seperti dilaporkan oleh NSTP.

Difahamkan suspek berasal dari Felda Bukit Alor, Air Kuning Selatan di Gemencheh.

Dalam pada itu timbalan ketua polis Daerah Rembau, DSP Anuar Bakri Abdul salam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya sepasukan polis telah dikerahkan untuk mencari suspek dan menahannya semula — EdisiRakyat.com, 20 November 2008

Post a Comment

0 Comments