Tanda-tanda (simptom) awal kanser yang tidak boleh diabaikan

TERDAPAT pelbagai jenis tanda-tanda (simptom) awal kanser pada diri seseorang tanpa mengira faktor umur dan jantina.

Pada peringkat awal seseorang itu mungkin tidak dapat merasa atau memahami sebarang simptom berkaitan kanser.

Namun selepas tumor atau ketumbuhan itu mula membesar, kesakitan dan pelbagai masalah kesihatan lain muncul, barulah pesakit berkenaan mula melakukan sesuatu, menyedari perubahan yang berlaku.

Umum mengetahui penyakit berkaitan kanser adalah lebih baik jika dapat dirawat di peringkat awal. Justeru, mengetahui tanda-tanda awal kemungkinan seseorang menghidap kanser adalah penting.

Di bawah ini 6 tanda-tanda awal perlu diambil perhatian sekiranya berlaku ke atas diri anda, kerana ada kebarangkalian anda menghidap kanser.


1. KEHILANGAN BERAT BADAN SECARA MENDADAK DAN TIBA-TIBA

Apabila anda tiba-tiba mengalami kehilangan berat badan ia boleh menjadi faktor utama memberitahu anda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan anda.

berat badan merosot

Pada mulanya anda mungkin merasa kehilangan berat badan bagus kerana ia sememangnya perkara yang anda idam-idamkan untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini.

Namun perlu diketahui, kehilangan berat badan secara tiba-tiba ini bukanlah satu perkara yang baik. Anda tidak mungkin akan dapat bentuk fizikal badan yang baik, tetapi perkara sebaliknya sedang menunggu.

Penurunan berat badan secara mendadak dan tiba-tiba melebihi 4kg, adalah satu amaran penting bahawa kesihatan anda sedang merosot dan perkara ini biasa berlaku kepada kebanyakan pesakit-pesakit kanser.

Kehilangkan berat badan seperti ini mungkin disebabkan oleh beberapa jenis kanser seperti, kanser paru-paru, perut, pancreas, dan esophagus.


2. MERASA KESAKITAN

Sekiranya mana-mana bahagian pada badan anda sama ada dalaman atau luaran merasa sakit, otak akan menerima isyarat bahawa organ organ berkenaan pada badan memerlukan perhatian.

Sakit kepala dan sakit belakang adalah sesuatu yang sangat lazim dalam kes ini. Kesakitan yang teruk sampaikan anda sendiri tidak dapat mengawalnya, adalah petanda menghidap kanser tulang, atau yang berkaitan testis.

Peningkatan rasa sakit menunjukkan bahawa kanser tersebut sedang merebak dari tempat asal ia bermula ke semua kawasan di dalam badan.

Jika kesakitan semakin teruk contohnya sakit kepala, ia mungkin tanda tanda anda mempunyai tumor otak yang boleh membawa kepada kanser.

Simptom sakit belakang mungkin menunjukkan tanda-tanda kanser kolon atau kanser ovari sekiranya anda seorang wanita. Kanser rektum juga mungkin ada kaitan dengan mereka yang mengalami sakit belakang berterusan.


3. DEMAM BERTERUSAN

Simptom kanser mungkin muncul dari demam biasa dan seterusnya menjadi demam yang berkala. Ia mungkin sekadar demam selesema dan diabaikan oleh kebanyakan orang.

Namun sekiranya anda mengalami demam yang berterusan, walaupun demam itu hanyalah dilihat seperti demam biasa, ia menunjukkan sistem pertahanan (immune) badan anda semakin melemah.

Demam teruk

Demam adalah gejala biasa bagi kebanyakan pesakit kanser. Tidak kira kanser jenis apa, namun pada peringkat awal mereka akan mengalami demam.

Demam yang dihidapi akan semakin meningkat akibat situasi anda yang semakin teruk disebabkan penyebaran sel-sel kanser.

Namun gejala ini juga boleh berlaku semasa tempoh rawatan disebabkan sistem pertahanan cuba untuk beradaptasi dengan pengambilan ubat-ubatan.

Sekiranya anda menghidap kanser, sistem pertahanan badan akan bekerja keras melawan penyakit dan jangkitan menyebabkan demam yang berpanjangan.


4. LEMAH DAN LESU

Keadaan lemah yang ekstrim merupakan petanda lazim di kalangan pesakit kanser.

Letih dan lesu

Jadual harian anda yang padat dengan pelbagai tugasan mungkin menyebabkan anda berasa penat, ramai orang tidak mempedulikan hal ini disebabkan aktiviti harian yang sibuk.

Namun anda perlu memahami dan mengetahui had atau kebolehan badan anda di dalam menggalas tugasan yang sibuk ini. Jadi anda akan tahu sekiranya rasa penat yang dialami di luar keadaan biasa.

Sekiranya anda sentiasa merasa penat setiap masa walaupun telah banyak berehat, ia boleh jadi salah satu bukti atau tanda anda sedang menghidap kanser.

Lemah dan lesu akan menjadi semakin kerap dan teruk apabila sel-sel kanser semakin merebak dalam badan anda. Oleh itu anda perlu melakukan sesuatu sebelum ia sampai ke tahap itu.

Perasaan lemah dan lesu yang teruk tanpa penjelasan melibatkan kesihatan mental dan fizikal, adalah tanda-tanda anda mungkin menghidap leukimia atau jenis-jenis kanser yang berkaitan dengan darah.


5. MASAALAH KULIT

Anda juga mungkin mengalami perubahan drastik pada kulit. Anda mungkin melihat begitu banyak bulu-bulu tumbuh pada kulit, atau warna kulit menjadi gelap.

Perkara ini boleh berlaku kerana sel-sel kanser sedang mencemari fungsi dalaman badan di mana kulit menunjukkan kesan trauma.

Perubahan warna kulit biasa dialami oleh mereka yang menghidap kanser kulit. Gejala ini mungkin muncul dalam pelbagai bentuk seperti gatal-gatal dan sebagainya.

gatal-gatal

Namun Ia juga mungkin disebabkan oleh kanser yang membiak pada organ-organ dalaman seperti paru-paru atau buah pinggang.

Kesihatan dalaman kita akan terpancar di luar badan secara fizikal dengan melihat bagaimana keadaan kulit.

Sebagai tambahan, gatal gatal juga merupakan simptom yang sangat biasa dialami. Dalam kebanyakan kejadian, keadaan kulit gatal ini akan menjadi semakin teruk sehingga mengubah kulit menjadi kemerahan.


6. BENGKAK DAN BENJOLAN YANG LUAR BIASA

Kejadian benjolan atau bengkak yang luar biasa di mana-mana bahagian badan adalah satu tanda yang sangat jelas anda menghidap kanser.

Bagi wanita benjolan boleh dikesan pada bahagian payudara manakala untuk lelaki mungkin terjadi keadaan bengkak atau benjolan di bahagian testis.

Namun dalam kebanyakan kejadian benjolan dan bengkak ini biasa dilihat di kawasan leher, ketiak, dada, perut dan di bawa perut hingga ke kawasan alat kelamin.

Keadaan bengkak yang tidak surut untuk jangka masa panjanh dan sukar sembuh menunjukkan sel-sel kanser sedang membiak.

Sebarang bentuk luka atau pendarahan yang berterusan untuk jangka masa panjang satu lagi petunjuk simptom kanser yang tidak boleh dipandang ringan.

Ingatlah, sesiapa yang sudah memiliki tanda-tanda awal kanser, pelbagai masalah kesihatan akan muncul di sana sini.

Masalah-masalah kesihatan ini juga walaupun kecil, mempunyai simptom yang muncul luar dari kebiasaan. Semua ini menunjukkan bahawa kanser sedang merebak.

Jika anda mengalami mana-mana 6 simptom-simptom yang diterangkan di atas, adalah penting untuk anda tidak membuang masa lagi segeralah bertemu dengan doktor.

Sayangi diri anda, jangan pandang mudah sebarang perubahan yang berlaku pada badan kita. Mencegah lebih baik daripada mengubati. — EdisiRakyat.com, 25 November 2018

Post a Comment

0 Comments