Terengganu terima royalti minyak RM300 juta

KERAJAAN Negeri Terengganu mengesahkan sudah menerima wang royalti minyak berjumlah RM300 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

Menurut Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad samsuri Mokhtar, untuk tahun ini ada baki sekurang-kurangnya RM400 juta lagi yang perlu dilunaskan oleh Kerajaan Pusat.

TAG

"Kita belum pasti jumlah yang kiraan kasar kita, masih ada baki lebih kurang dalam RM400 juta hingga RM500 juta lagi," katanya.

Menurut Dr Ahmad samsuri pihaknya berharap bayaran ke atas baki yang masih tertunggak itu akan dilakukan pada tahun ini juga.

Katanya bayaran dibuat secara berkala dan adalah berdasarkan jumlah pengeluaran minyak di peringkat Negeri Terengganu.

Dr Ahmad Samsuri berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui selepas selesai membentangkan Bajet Negeri Terengganu 2019 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu siang tadi.

Sementara itu Kerajaan Negeri Terengganu, membentangkan bajet 2019 dengan peruntukan RM2.15 bilion.

Menurut Ahmad Samsuri kerajaan negeri juga akan memberikan pengecualian cukai taksiran dan menghapus kira cukai tertunggak untuk semua premis kediaman berkuatkuasa 1 Januari 2019.

Inisiatif itu membabitkan peruntukan RM4.7 juta setahun.

"Inisiatif itu adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada manifesto, dan 'one off' untuk 2019, bukan bermakna pada 2020 kita akan mengambil langkah yang sama," katanya.

Tambah Ahmad Samsuri kerajaan negeri akan melaksanakan program pemberian RM300 untuk belia anak Terengganu mendapatkan lesen motorsikal.

Katanya belia digalakkan memiliki lesen motosikal selaras dengan pematuhan undang-undang jalan raya dan membuka peluang lebih luas untuk pemilikan kerjaya.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM17 juta untuk pengagihan Kad Sejahtera bernilai RM500 setahun kepada setiap keluarga miskin.

Kad itu membolehkan mereka menerima perkhidmatan wad kelas ketiga percuma di hospital kerajaan selain rawatan kesihatan di klinik swasta.

Menurut Ahmad Samsuri bajet itu bajet berimbang, bertemakan "Negeri berkat, rakyat sejahtera," — EdisiRakyat.com, 25 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post