Tok Mat failkan rayuan PRK DUN Rantau

TIMBALAN Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga dikenali sebagai "Tok Mat," memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Khas Pilihanraya kerana mengistiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau terbatal dan tidak sah.

Mohamad Hasan

Rayuan difailkan beliau di Mahkamah Persekutuan pada hari terakhir tempoh memfailkan notis rayuan selama 14 hari berakhir hari ini.

Katanya tindakan itu diambil bagi memanfaatkan ruang yang ada dalam perundangan berhubung perkara itu.

"Ada ruang diperuntukkan dalam perundangan jadi kita menggunakan ruang tersebut sebaik yang mungkin untuk kita pastikan kita telah pun mencuba," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Seremban. Katanya rayuan itu dibuat setelah meneliti alasan penghakiman lisan dan nasihat yang diterima daripada peguam.

Ia juga katanya bagi membuktikan dirinya bebas daripada sebarang dakwaan salah laku semasa hari penamaan calon dalam pilihan raya umum ke-14 yang lalu.

Pada 16 September lalu Hakim Datuk Nor Azimah Omar dalam keputusannya mengistiharkan keputusan kerusi dun rantau dalam PRU14 terbatal dan tidak sah serta mengarahkan pilihan raya kecil diadakan serta-merta.

Keputusan itu dibuat susulan petisyen yang difailkan oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr S Streram. — EdisiRakyat.com, 29 November 2018

Post a Comment

0 Comments