Tukar darah pesakit HIV, doktor kena penjara 2 tahun

SEORANG doktor yang bertindak menghantar sampel darahnya sendiri bagi menggantikan darah seorang pesakit HIV supaya teman lelakinya itu diterima bekerja, dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun.

Ler Teck Siang berusia 36 tahun merayu terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya tehadap dua pertuduhan menipu dan bersubahat bagi memberikan kenyataan palsu kepada seorang penjawat awam. Pihak pendakwaan juga merayu terhadap hukuman itu.

Pada bulan September, Ler didapati bersalah membantu Mikhy Farrera-Brochez menipu Kementerian Sumber Tenaga Kerja (MOM) Singapura untuk mengeluarkan pas kerja pada bulan Mac 2008 dan membenarkannya untuk menyimpan pas berkenaan dalam bulan November 2013 meskipun selepas status HIV warga Amerika itu telah dibangkitkan.

TAG

Ler disabitkan bersalah menipu pegawai penyiasat Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam bulan Disember 2013, dan seorang pegawai polis dalam bulan Januari 2014, untuk menutup kebenaran ketika dia ditanya tentang sampel ujian darah kedua.

Hakim mahkamah Luke Tan telah membuat hujahan bertulis terhadap keputusannya dan diterbitkan pada hari Selasa (13 November 2018).

Farrera-Brochez, 33 bekas pensyarah Politeknik di Singapura, dipenjara selama 28 bulan tahun lalu atas kesalahan menipu, penjawat awam, memiliki dadah dan menggunakan sijil pelajaran palsu.

Lelaki itu berhijrah ke Singapura selepas berkenalan dengan Ler di atas talian.

Dalam bulan Mac 2008, warganegara Amerika itu mengambil satu ujian HIV di klinik Persatuan Anti-Tuberculosis Singapura (Sata) menggunakan pasport palsu Bahamas, dan dia disahkan positif HIV.

Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa pasangan itu tahu orang asing penghidap HIV tidak dibenarkan untuk bekerja di republik itu, maka mereka telah bersubahat merancang untuk mendapatkan pas pekerjaan.

Farrera-Brochez talah datang ke klinik di mana Ler bekerja sebagai doktor ganti bagi menjalankan pemeriksaan perubatan. Bagaimanapun simple darah yang dilabel dengan namanya, sebenarnya adalah darah milik Ler.

Sampel darah itu diuji negatif HIV, dan Farrera Brochez telah diberikan pas untuk bekerja. Namun kemudian MOH telah mendapat tahu bahawa keputusan positif HIV sampel darah dari klinik Sata sebenarnya milik Farrera-Brochez seterusnya memaklumkan kepada MOM tentang perkara itu.

Dalam bulan Oktober 2013, MOM memberitahu Farrera-Brochez bawa pas kebenaran kerja miliknya perlu dibatalkan, namun dia memberi maklum balas untuk membuktikan dirinya tidak menghidap HIV.

Menggunakan muslihat yang sama sekali lagi, satu sampel darah milik Ler telah dihantar dan MOM tidak membatalkan pas kerjanya.

Kedua-dua pihak MOH dan polis telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Ler pada awalnya kekal dengan kenyataan kepada pihak polis bahawa sampel darah tersebut adalah milik Farrera-Brochez. Namun dalam dua kenyataan dalam bulan Mei 2016, dia mengaku telah menukar Farrera-Brochez dengan darahnya .

Semasa perbicaraan, Ler membantah penggunaan kenyataan-kenyataan ini dalam perbicaraan, sambil mendakwa dia memberikan kenyataan ketika itu kerana tertekan. Pelbagai dakwaannya itu telah ditolak oleh Hakim Tan.

Selain itu, Ler mendakwa ketika disoal siasat seorang pegawai, masuk ke dalam bilik mencampakkan rekod-rekod perubatan di atas meja dan menjerit kepadanya "berhentilah menipu," dan meminta memberitahu apa yang mereka mahu dengar. Dakwaan ini telah dinafikan oleh pegawai-pegawai berkenaan.

Menurut hakim, Ler sukar dipercayai, kerana sering berubah-ubah dalam memberitahu identiti pegawai yang didakwa bertindak kasar terhadapnya. — EdisiRakyat.com, 14 November 2018

Post a Comment

0 Comments