Tun Mahathir pertahan Waytha Moorthy rayu rakyat beri peluang

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor mempertahankan Waytha Moorthy berhubung video rakamannya memburukkan Malaysia lebih 10 tahun lalu yang tular di media sosial.

Mahathir meminta rakyat memberi peluang kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk terus menjalankan tugasnya sebagai Menteri.

Beliau berkata Waytha Moorthy masih baru dalam pentadbiran kerajaan dan perlu diberi ruang secukupnya untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai anggota kabinet

Mahathir

"Masa itu dia amat kecewa dia buat kenyataan, dan kenyataan itu pasal dia nak cuba apa nama tunjuk kepada orang asing bahawa di Malaysia ini tidak ada keadilan,"

"Tetapi itu pada masa itu, sekarang ni dia, ada dalam kerajaan, dan dia tidak lagi pegang kepada apa yang dia kata dulu,"

"Semacam dengan saya, semacam dengan orang yang dulu panggil maha zalim, semua ni, mereka sekarang terima maha zalim, jadi pemimpin,"

"Jadi ada pertukaranlah, mengikut masa," rayu beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan pihak tertentu melancarkan petisyen dalam talian supaya Waytha Moorthy meletak jawatan susulan penularan kenyataan lama beliau yang dirakam 10 tahun lalu mendakwa berlaku pelanggaran hak asasi manusia yang serius di Malaysia.

Sejumlah 151,171 orang telah menandatangani petisyen berkenaan setakat ini.

Mengulas mengenai petisyen itu Tun Dr Mahathir berkata, ia bukan satu keperluan dan tiada arahan untuk beliau meletak jawatan. — EdisiRakyat.com, 27 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post