Awas! Taktik baru 'scammer' menipu melalui kurier

SEJAK akhir-akhir ini, kita sering disajikan dengan berita penipuan 'scammer' mungkin kita merasakan sukar untuk ditipu kerana banyak penipuan mereka sudah dibongkar dan didedahkan. Tetapi awas, kerana ada penipuan cara baru iaitu melalui kurier.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook perkara itu katanya baru sahaja terjadi kepada ibu dan ayahnya.

Dalam perkongsian gadis bernama Nur Nabilah, beliau meminta orang ramai agar tidak terus menandatangani sebarang barangan kurier yang dihantar jika tiada membuat sebarang pesanan.

"Korang semua kalau ada orang hantar barang secara C.O.D(Cash on delivery) korang tak ada langsung buat pesanan.

Tolong, Tolong, Tolong

Jangan tandatangan kertas untuk terima dan cakap terus saya tak nak terima barang ini."

Ketika kejadian, ibu Nur Nabilah sedang menjahit tempahan baju dan secara tiba-tiba didatangi oleh wakil penghantar dari syarikat GDEX membawa kiriman atas nama penuh ayahnya.

kurier scammer

Mujur ibu Nur Nabilah sangat berhati-hati dan bertindak bijak dengan menghubungi suaminya untuk bertanyakan sama ada beliau ada membuat sebarang pesanan. Ayah Nabilah menafikan perkara itu.

Kata Nabilah lagi, " Kalau korang nak tahu abah Kak Nur ni tak pernah langsung membuat pesanan apa-apa barang pakai handphone sebab handphone dia pun jenis untuk call dan mesej biasa sahaja. Jadi satu kepelikan di situ kan? Betul tak?

Lagi satu korang perhatikan berat parcel ini 0.00kg tapi kena bayar RM149. Jadi terang-terang ia kegiatan scammer."

Dari perkongsian beliau lagi, beliau meminta orang ramai berhati-hati dan memastikan menerima pesanan dari penjual yang memang benar-benar berurusan dengan anda.

Nur juga meminta orang ramai berkongsi coretan ini dan memberitahu jiran serta keluarga supaya berjaga-jaga dengan taktik scammer seperti ini kerana pada hematnya, scammer dan penipu akan menggunakan apa-apa cara untuk mencuri duit kita.

Mungkin scammer sedang cuba menggunakan teknik baru kerana modus operandi lama melalui panggilan telefon dan mesej sudah diketahui umum menyebabkan orang ramai semakin berhati-hati.

Moga dengan perkongsian gadis ini dapat mengelakkan kita dan ahli keluarga yang lain menjadi mangsa. Terima kasih diucapkan kepada beliau. — EdisiRakyat.com, 7 Disember 2018

Sumber - Nur Nabilah/link/button

Post a Comment

0 Comments