Malaysia kecewa fitnah media India tentang rusuhan kuil

KERAJAAN kecewa dengan kenyataan fitnah oleh pihak tertentu termasuk media di India yang menyifatkan Pasukan Keselamatan Malaysia bertindak ganas dalam menangani kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield minggu lalu.

Menteri dalam negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan itu boleh memberi imej buruk kepada Malaysia kerana dakwaan itu ternyata tidak berasas.

Muhyiddin Yassin di Kuil Sri Maha Mariamman

"Walaupun mereka menyerahkan memorandum kepada pihak wakil kedutan kita di Chennai, saya fikir kita harus tolak memorandum itu minta Kementerian Luar Negeri membuat bantahan kepada pihak berkuasa bukan sahaja di Kedutaan India di sini tapi juga di Delhi," katanya.

Tambah beliau pihak tertentu di India tidak berhak mencampuri urusan di negara ini dan berbohong mengenai situasi sebenar yang berlaku.

Kerajaan Malaysia katanya membantah sekeras-kerasnya, kerana tuduhan tersebut akan mengeruhkan lagi keadaan sekiranya rakyat terhasut dengan kenyataan fitnah itu.

Tan Sri Muhyiddin ditemui selepas melawat petugas keselamatan di kuil Sri Maha Mariamman semalam.

Wisma Putra sebelum ini dalam satu kenyataan memaklumkan pihak konsulat jeneral Malaysia di Chennai, India menerima satu memorandum daripada Presiden Hindu People's Party, Arjun Sampth.

Memorandum itu turut menuduh kerajaan Malaysia bersikap berat sebelah dan tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani insiden berkenaan. — EdisiRakyat.com, 3 Disember 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post