Pemuda Umno desak siasat segera penyelewengan Tabung Haji

PEMUDA Umno dilapor mendesak pihak berkuasa segera menyiasat laporan penyelewengan yang mengaitkan beberapa individu dalam Lembaga Tabung Haji (TH).

Ketua pergerakan itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, siasatan ini untuk menjaga kepentingan awam selain mengelakkan reputasi institusi Islam berkenaan terus dicemari polemik pihak tertentu.

Asyraf Wajdi Dusuki

Pemuda Umno menegaskan bahawa Isu berkaitan integriti dan moral tidak boleh sesekali dikompromi tambah lagi jika ia membabitkan institusi agama yang diharapkan rakyat mengamalkan prinsip tadbir urus pada tahap yang lebih tinggi.

Jumaat lalu Tabung Haji membuat dua laporan polis berkenaan penyelewengan dana berjumlah RM22 juta dan penjualan 95 peratus pegangan milik anak syarikatnya membabitkan jumlah RM3.8 bilion.

Antara pihak yang dinamakan dalam laporan terbabit ialah bekas pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri johan Abdullah. — EdisiRakyat.com, 3 Disember 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post