Perasaan iri hati dan benci timbul kerana jurang kekayaan yang terlalu jauh kata Tun M

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad mahu jurang kekayaan di antara kawasan bandar dan luar bandar dikurangkan dengan memberi tumpuan kepada dasar kerajaan sedia ada.

Tun Mahathir di Putrajaya

Jelasnya jika jurang terlalu besar, keadaan itu akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat sekaligus mengakibatkan negara berdepan permusuhan.

"Bukanlah niat kita untuk menghalang perkembangan di bandar-bandar, kekayaan di bandar-bandar, tetapi kalau jarak antara yang kaya dengan yang miskin itu terlalu jauh maka akan timbullah perasaan iri hati dan benci,"

"Akhirnya ini akan menyebabkan negara kita menghadapi permusuhan antara bandar dengan luar bandar, antara miskin dengan kaya, bahkan antara satu kaum dengan kaum yang lain,"

"Ini perlu kita elak dan tugas untuk menentukan perkara yang semacam ini tidak terjadi, tidak menjadi lebih buruk, ini adalah tanggungjawab kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perjumpaan bulanan bersama Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi tadi.

Menurut Tun Mahathir, kerajaan mahu melihat seluruh Malaysia menikmati kekayaan dan kemerdekaan serta pemerintahan negara yang prihatin.

Perdana Menteri turut menyatakan keyakinan bahawa semua warga JPM bukan sahaja faham cara bekerja tetapi memahami keperluan negara. — EdisiRakyat.com, 3 Disember 2018

Post a Comment

0 Comments