Sempadan Malaysia Singapura akan diukur semula — Tun M

SEMPADAN kerajaan Malaysia dan Singapura akan diukur semula bagi mengelak pertikaian pada masa depan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah itu perlu bagi memastikan had pelabuhan di Johor Bahru tidak melepasi sempadan kedua-dua negara.

Beliau ditemui media selepas merasmikan persidangan kesatuan pekerja-pekerja pakaian seragam pos Malaysia Berhad di Shah Alam.

Singapura sebelum ini dilaporkan membantah rancangan Malaysia memperluaskan had pelabuhan di Johor Bahru dan menyifatkannya sebagai menceroboh perairan wilayah republik itu.

Kementerian Pengangkutan Singapura dalam satu kenyataan berkata, pihaknya meminta Malaysia menghentikan sebarang tindakan lanjut dan mematuhi pemberitahuan gazet untuk mencerminkan kedaulatan Singapura terhadap perairan itu.

Singapura turut mendakwa kapal Malaysia melakukan pencerobohan ke atas perairan wilayah republik itu sejak dua minggu lalu di luar pantai Tuas yang terletak di barat negaranya. — EdisiRakyat.com, 6 Disember 2018

Jambatan Tuas

Post a Comment

Previous Post Next Post