Padah kencing bersepah, kanak-kanak terperangkap dalam lif

NIAT jahat seorang kanak-kanak lelaki kencing pada butang lif akhirnya memakan diri apabila dia terperangkap di dalam lif akibat litar pintas.


Dalam petikan laporan Shanghaiist.com, perbuatan menjijikkan kanak-kanak itu berjaya dirakam oleh CCTV di dalam sebuah lif di wilayah Chongqing China, Jumaat lalu.


Dalam rakaman litar tertutup yang tersebar itu, kelihatan kanak-kanakitu bersendirian masuk ke dalam lif sebelum membuka seluarnya dan terus menyalurkan pancutan air kencingnya ke butang lif.


Setelah selesai melepaskan hajatnya, dia kelihatan menutup zip seluarnya dan bersedia untuk keluar dari lif tersebut.


kencing dalam lif

Malangnya, ketika lif itu tiba ke tingkat yang ingin dituju, pintunya hanya terbuka sedikit sebelum kembali tertutup rapat.


Kelihatan lampu butang lif seperti terganggu dan lampu lif tersebut berkelip-kelip tanpa henti menyebabkan kanak-kanak tersebut mula panik dan ketakutan.


Dia bernasib baik kerana sempat menekan butang kecemasan untuk meminta bantuan kerana seketika kemudian kelihatan lampu lif terpadam dan keadaan di dalam lif sangat gelap.


Menurut laporan media tempatan, kanak-kanak itu diselamatkan oleh pekerja penyelenggaraan sejurus kemudian dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.


Penyiasatan pasukan penyelenggaraan untuk mengetahui punca kejadian dengan menonton rakaman luar tertutup akhirnya membongkar perbuatan nakal kanak-kanak itu.


Sesetengah netizen beranggapan kanak-kanak itu telah menerima balasan dari perbuatannya dan sememangnya patut menerima nasib seperti itu, dan tidak kurang juga yang meminta ibu bapa kanak-kanak tersebut bertanggungjawab dengan perbuatan anak mereka dengan membayar ganti rugi.— EdisiRakyat.com, 27 Februari 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post