Air paip selamat diminum kata menteri

ADALAH selamat untuk minum air terus dari paip, kata Menteri, Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar dipetik oleh The Star.

"Air dari paip air seluruh negara boleh diminum dan tiada masalah. Sekiranya terdapat masalah, Ia merupakan masalah tempatan dan bukan disebabkan oleh rawatan," katanya.

Dr Xavier dilapor berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dibangkitkan oleh Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) di Dewan Rakyat pada hari rabu (17 Oktober).

Ketika ditanya oleh Ismail sama ada beliau minum air secara terus dari paip, Dr Xavier berkata "ya saya minum terus dari paip."


Adalah menjadi amalan biasa kebanyakkan rumah memasang penapis atau pemanas air dari paip dengan tujuan untuk diminum.

Ismail juga dilapor bertanya apakah yang telah dilakukan oleh kementeriannya untuk mengurangkan hutang bekalan air Negeri Pahang sebanyak RM2.2 bilion.

Bagi menjawab soalan ini menurut Dr Xavier, beliau telah berbincang dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung perkara berkenaan.

Tambahnya lagi persefahaman telah dicapai, di mana Pahang akan memindahkan aset-aset air miliknya kepada kerajaan persekutuan bagi mendapatkan bantuan.

"Bagaimanapun, kita memohon kerjasama dari Pahang untuk mengurangkan jumlah air tanpa hasil (non-revenue water), yang berada pada paras setinggi 46%," katanya. — EdisiRakyat.com, 17 Oktober 2018

Post a Comment

أحدث أقدم