Tun Mahathir gesa tangguh projek Kompleks Angkasapuri RM125 juta

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan projek untuk pembangunan pejabat beberapa kementerian dalam belanjawan 2021 ditangguhkan sebaliknya perbelanjaan berkaitan Covid-19 perlu diberi keutamaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi siang tadi turut mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang perbekalan belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Tun Mahathir Parlimen

"Peruntukan Jabatan Perdana Menteri dinaikkan daripada RM7.9 bilion pada tahun 2020 kepada RM11.7 bilion, RM100 juta untuk projek khas, apa perlunya berbelanja RM125 juta bagi kompleks Angkasapuri, kita perlu tangguh projek ini" katanya di parlimen.

Tambahnya peruntukan RM3 bilion yang tidak sampai satu peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan tidak mencerminkan pandangan serius kerajaan terhadap Covid-19, ini kerana beberapa tindakan melawan kesan pandemik itu memerlukan lebih banyak peruntukan.

Post a Comment

أحدث أقدم