SEORANG bapa akhirnya mengetahui kebenaran tentang kematian anaknya pada 10 oktober lalu apabila membuat lawatan di pusat tahanan di mana anaknya ditahan. Dia mendakwa anaknya yang menjadi banduan dalam penjara dibunuh kejam sebelum menjadi santapan dalam satu rusuhan penjara yang berlangsung selama sebulan di Pusat Tahanan Tachira di Venezuela.
Difahamkan pemberontakan berlaku akibat keadaan pusat tahanan yang terlalu sesak di mana satu sel yang boleh memuatkan hanya 120 orang pesalah di muatkan dengan 350 orang pesalah, menurut yang di laporkan.
Rusuhan itu di katakan bermula pada 8 september dengan 8 pelawat dan 2 pengawal penjara di jadikan tahanan.
Melalui satu temu bual dengan Fox News, Juan Carlos mendakwa anaknya Juan Carlos Herrera Jr dipenjarakan dipusat tahanan itu akibat mencuri pada tahun 2015. Seorang banduan yang menyaksikan kejadian itu menceritakan semula bagaimana anaknya dibunuh kepada Juan Carlos Herrera.
Menurut saksi kejadian, Juan Carlos HerreraJunior bersama dua yang lain dibawa oleh 40 orang banduan lain sebelum ditikam, digantung dan kemudian dikerat oleh seorang banduan bernama Dorancel Vargas sebelum dijadikan makanan banduan lain.
Dorancel Vargas dikenali sebagai 'Hannibal Lecter of the Andes' yang merupakan pembunuh bersiri yang dipenjarakan kerana memburu mangsa ditaman. Dorancel Vargas merupakan pesalah yang menghadapi pertuduhan membunuh lebih dari 40 orang dan memakan daging mereka di Selatan Amerika sebelum dia di tangkap.
Menurut banduan yang menjadi saksi kejadian itu lagi, dia dipukul dengan tukul untuk memaksa dia memakan daging mentah dua mayat yang lain. Ada beberapa banduan yang lain yang dipotong jarinya, dipatahkan kakinya dan ada juga yang dipukul dengan tukul di kepala.
Pemberontakan pusat tahanan itu dikatakan dapat diredakan awal tahun ini apabila pengawal penjara berjaya menyelinap masuk dan pihak penjara mula mencari banduan yang tidak ditemui termasuk Juan Carlos Jr.
Juan Carlos juga menyatakan dalam temu bual itu bahawa dia berharap dapat walau seketul tulang anaknya untuk di kebumikan dengan cara pengebumian orang Kristian bagi mengubat rasa sakit kehilangan anaknya.
Menteri Hal Ehwal Pemulihan venezuela, Iris Varela, bagaimabapun menafikan kehilangan dua banduan ini.
Terdapat ura-ura mengatakan bahawa ada banduan yang mati kelaparan di penjara Venezuela kesan dari kemeseletan ekonomi yang teruk di negara itu. — EdisiRakyat.com, 24 Februari 2017

Juan Carlos Herera, bapa mangasa |

Dorancel Vargas, suspek yang dikatakan memotong daging mangsa |

Post a Comment