Lakukan hubungan seks dengan ayah supaya ayah tak kahwin lagi

TIDAK mahu ayah berkahwin dengan tunangnya, seorang anak perempuan bertindak menawarkan untuk melakukan seks bersama ayah. Kes yang aneh itu dilaporkan disebut dalam sebuah mahkamah di Hong Kong di mana seorang anak perempuan dituduh melakukan hubungan sumbang mahram dengan ayahnya sendiri.

Mahkamah diberitahu pada 29 Mei, kedua-dua anak beranak itu telah melakukan hubungan seks sebanyak dua kali dalam tahun 2009. Anak perempuan itu kini sudah berusia 26 tahun.

Ini bermakna ketika hubungan sumbang mahram itu berlaku, si anak perempuan baru berumur sekitar 19 tahun. Si bapa yang pada ketika itu merupakan seorang pengamal perubatan Cina dikatakan akan berkahwin dengan tunangnya.


Menurut peguam bela wanita terbabit yang membacakan satu laporan psikologi, perkara itu telah memburukkan lagi rasa terdesak seorang anak perempuan yang baru sahaja kehilangan kasih sayang ibunya sebelum itu.

"Dia menawarkan untuk melakukan hubungan seks, dengan harapan bahawa ayahnya akan menukar fikiran," katanya dalam membuat hujahan agar hukuman dikurangkan.

Berdasarkan laporan itu kedua-dua kejadian seksual berlaku dari apa yang disifatkan sebagai, "cinta yang tidak kena pada tempatnya, keberahian dan ketaatan kepada ayahnya,".

Anak perempuan berkenaan yang disebut sebagai C.C.M untuk melindungi identitinya, bersama si ayah yang berusia 58 tahun dan digelar sebagai C.P.K sebelum ini dilaporkan telah mengaku bersalah di atas dua tuduhan sumbang mahram.

Perkara itu terbongkar apabila adik lelaki perempuan tersebut yang ketika itu seorang pelajar sekolah menengah menemui rakaman persetubuhan itu sebelum melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Mahkamah dilaporkan turut mengambil kira bahawa adiknya yang semenjak dari kejadian itu mengalami kemurungan dan memerlukan perubatan serta rawatan lanjut, membawa perkara itu kepada pihak polis kerana tidak tahu bahawa kakaknya telah memberi keizinan untuk melakukan perbuatan itu. — EdisiRakyat.com, 1 Jun 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post