Saleem Iklim meninggal dunia pada umur 57 tahun

SALEEM, atau nama sebenarnya Salim Abdul Majeed, penyanyi kumpulan rock Iklim dilaporkan meninggal dunia pagi ini (14 Oktober) sekitar jam 6 pagi pada umur 57 tahun.

Berita tentang kematiannya telah disahkan oleh ahli keluarga lapor portal mStar.

Saleem sebelum ini dilapor mendapatkan rawatan di pusat perubatan UKM, selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bulan lalu. 


Motosikal yang ditungganginya dilapor telah dilanggar oleh sebuah kereta dari arah belakang mengakibatkan penyanyi itu tercampak dari kenderaan.

Iklim merupakan sebuah kumpulan rock yang tidak asing lagi di kalangan peminat muzik tanah air sekitar tahun 1990 an. Kumpulan itu popular dengan lagu hits berjudul Suci Dalam Debu. — EdisiRakyat.com, 14 Oktober 2018

Post a Comment

أحدث أقدم