115 cawan dan 4 botol plastik ditemui dalam perut bangkai Paus Sperma

SEBANYAK 115 cawan dan 25 beg plastik ditemui dalam perut bangkai seekor Paus Sperma yang ditemui mati di Indonesia.

Bangkai Paus Sperma

Cawan dan beg plastik itu adalah sebahagian daripada 6kg sampah ditemui dalam perut bangkai paus sepanjang 9.5 meter ditemui terdampar di Taman Negara Wakatobi di Tenggara Sulawesi pada hari Isnin lapor The Malaysian Insight.

Bangkai Paus Sperma

Kumpulan WWF Indonesia berkata selain cawan dan beg plastik kakitangannya turut menemui 4 botol plastik dan 3.26 kg tali rafia.

Punca sebenar kematian paus berkenaan masih tidak dapat dipastikan namun terdapat tanda-tanda kematian itu disebabkan oleh sisa plastik kata penyelaras pemuliharaan hidupan marin WWF Indonesia.

Perkara ini sekaligus telah mencetuskan kebimbangan di kalangan aktivis alam sekitar yang selama ini membangkitkan isu sampah di negara itu. — EdisiRakyat.com, 21 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post