Solat jamak dan qasar, syarat-syarat serta niat

SOLAT Jamak dan Qasar ialah solat yang hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah iaitu bersamaan 56 batu atau 90 km.

Solat jamak dan qasar adalah satu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hambanya dalam segenap masa bagi orang yang bermusafir sama ada senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.

Pengertian solat jamak

Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu misalnya mengumpulkan solat zohor kepada asar dan sebaliknya serta fardhu maghrib dan isyak dan sebaliknya.

Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu jamak takdim dan jamak takhir.

Solat Jamak takdim

Solat yang dihimpunkan di awal waktu iaitu apabila solat zohor dijamakkan dengan asar pada waktu Zohor dan solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, dinamakan solat jamak takdim.

Syarat jamak takdim

1. Hendaklah melakukan solat pada waktu yang terdahulu ertinya melakukan solat zohor dahulu kemudian asar ataupun maghrib dahulu kemudian.Isyak.

2. Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbiratul Ihram atau ditengah-tengah solat selama mana  belum memberi salam.

3.Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua oleh itu antara kedua-duanya tidak boleh diselangi oleh pekerjaan atau perbuatan lain.

Sekiranya diselangi pekerjaan lain yang memakan masa selama dua rakaat solat, maka hendaklah solat pada waktunya nanti.

4. Sekiranya diselangi oleh iqamat dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.

5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua tetapi tidaklah disyaratkan sehingga selesai solat.


musafir



Solat Jamak Takhir

Jamak takhir pula ialah menghimpunkan solat di akhir waktu iaitu melaksanakan solat zohor dan asar pada waktu asar dan solat maghrib dan isyak pada waktu Isyak.


Syarat jamak takhir

1. Berniat untuk solat jamak takhir solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama. Maksudnya telah berniat mahu menghimpunkan yakni menunaikan solat zohor pada waktu asar nanti ketika telah masuk waktu zohor.

2. Kekal musafir sehingga selesai kedua-dua solat.


Pengertian solat qasar

Memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua rakaat.

Solat yang boleh dipendekkan mestilah solat yang mepunyai empat rakaat iaitu solat isyak, zohor dan asar.

Apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah, maka dia boleh melakukan solat qasar dan jamak sekaligus.


Ini bermaksud, kita boleh :

1.menjamakkan 2 solat serta memendekkannya (qasar)

2. Menjamakkan 2 solat fardhu tanpa qasar.

3. Mengqasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat zohor, asar dan isyak dengan dua rakaat yang berasingan.


Syarat -syarat qasar

1. Musafir dengan tujuan yang baik bukanlah dengan tujuan maksiat.

2. Perjalanan hendaklah tidak kurang daripada 2 marhalah.

3. Solat yang hendak diqasarkan itu hendaklah solat yang mempunyai empat rakaat iaitu zohor, asar dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai.

Kerana itu tidak boleh diqasarkan solat qada dalam Musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan tempat kediaman.

Solat yang ditinggalkan ketika musafir boleh diqasarkan apabila diqadakkan ketika masih dalam musafir.

4. Hendaklah niat qasar ketika takbiratul ihram.

5. Tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna. (Tamam).

6. Hendaklah bermusafir dengan mempunyai hala tuju. Jika tidak ada ketetapan hala tuju, tidak boleh qasar.

7. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.


Perkiraan sebagai musafir

Permulaan musafir dikira setelah kita keluar kawasan sama ada melalui jalan raya,sungai, kota sempadan atau kawasan yang tidak ada bangunan lagi.

Berakhirnya musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi.


Niat solat Jamak Qasar

niat-solat-jamak-qasar-takdim


niat-solat-jamak-qasar-takhir
— EdisiRakyat.com, 27 Oktober 2017

9 Comments

  1. syukran atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian yg bermakna. Semoga anda dirahmati Allah selalu

    ReplyDelete
  3. Saya belajar di shah alam dan berasal dari Ipoh. Saya balik rumah setiap weekend. Adakah bermakna saya dikira sebagai musafir sepanjang saya berada di Ipoh. Keliru sbb Shah Alam adalah tempat belajar dan saya tinggal di kolej. Ipoh pun tempat saya menetap jgk. Jadi, tiap tiap minggu saya balik Ipoh saya boleh jamak jgk ke sekiranya saya dah sampairumah di Ipoh?

    ReplyDelete
  4. Sekiranya jarak perjalananmu (Ipoh -Shah Alam) yakni jarak dari tmpt kamu belajar dengan tempat tinggalmu cukup 2 marhalah maka dibolehkan jamak & qasar setiap kali kamu berpergian dgn niat yg baik di antara kedua bandar tersebut.

    ReplyDelete
  5. Oleh kerana bandar Shah Alam itu adalah tempat kamu bermastautin walhal bandar Ipoh itu tempat tinggalmu.

    ReplyDelete
  6. sekiranya kita mula bermusafir setelah masuk waktu solat adakah kita boleh solat jamak di luar mukim. padahal kita keluar dari rumah telah masuk waktu solat

    ReplyDelete
  7. Apabila kita musafir dari KL ke pulau pinang,adakah sah solat jamak kita apabila kita bersolat di rumah kita apabila sampai destinasi yg dituju.

    ReplyDelete
  8. Kabar Gembira Buat Para Pecinta Sepak Bola Dimanapun Kalian Berada
    Ayo Dukung Tim Favoritmu Dan Pasang Taruhanmu Sekarang
    Bolavita Bandar Sportsbook Terbesar Di Indonesia
    Nikmati Bonus Berlimpah Setiap Hari

    Mari Kunjungin Segera Website kami :
    www(titik)bolavita(titik)vip
    www(titik)sateayam(titik)club
    www(titik)pokervita(titik)live

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!!
    WA : +628122222995
    Pin BBM : BOLAVITA / D8C363CA (NEW)


    ReplyDelete
  9. Saya naik kereta jam 2 petang (waktu zohor) bertolak dari butterworth ke kuala kangsar. Saya belum solat zohor lagi walau pun dah masuk waktu zohor. Boleh kah dalam perjalanan itu saya berniat untuk solat zohor dalam jamak takhir waktu asar nanti di mana mana dalam perjalanan itu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post